Friday, October 17, 2008

Perpaduan Melayu Yang Longgar?

Apabila melihat kepada senario politik sekarang cukup menyedihkan. Perkembangan sebegini meyebabkan pelbagai kesan terutamya pada bangsa Melayu sebagai kaum majoriti yang mendominasi sosioekonomi negara. Ini disebabkan bangsa Melayu sekarang sudah berpecah seolah-olah wujud mazhab sendiri.

MENGAPA SEMUA INI BERLAKU????

Kelonggaran perpaduan dalam kalangan Melayu menyebabkan banyak perkara gagal diselesaikan. Lihatlah sahaja isu keruntuhan akhlak Melayu masih lagi gagal diselesaikan. Tambahan pula, isu ekonomi Melayu juga gagal ditangani. Akhirnya, Melayu ketinggalan ke belakang dalam arus perdana.

Sebagai seorang bangsa Melayu, saya tidak mahu melihat perpecahan Melayu berlaku.
"DEMI AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA"

0 comments: