Friday, December 4, 2009

Burj Dubai



"Dewasa ini, banyak negara berlumba-lumba membina menara pencakar langit dalam memenuhi peningkatan sistem ekonomi. Maksud saya disini adalah menara yang tinggi dan besar semestinya memberi kesan yang effektif kepada sistem ekonomi negara. Ruang pejabatnya yang banyak dan luas namun dalam pada masa yang sama bangunan ini menjadi monumen tarikan pelancong yang dapat meningkat pertumbunhan dalam industri pelancongan..."

Daripada,

Che Zan



Burj Dubai

Burj Dubai terletak di Dubai, United Arab Emirates (UAE). Ia merupakan bangunan buatan manusia yang tertinggi di dunia. Burj Dubai belum secara rasmi di iktiraf sebagai "Bangunan Tertinggi di Dunia" sebelum ia dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Sebaliknya pemegang "Bangunan Tertinggi di Dunia" masih lagi Taipei 101,Taiwan. Pembinaannya bermula pada 21 September 2004 dan pembinaannya sudah sampai pada sentuhan terakhir apabila ia siap dibuka pada 4 Januari 2010. Bangunan dikategorikan pelbagai guna ini mempunya ketinggian 818 meter (2,684ft). Burj Dubai menempatkan 160 tingkat dengan luas keluasan setiap tingkat iaitu 334,000m2 (3,595,100 sq ft).


Bangunan direka bentuk oleh AdrianSmith yang bekerja bersama-sama Skidmore,Owings, dan Merrill (SOM) manakala jurutera struktur iaitu Bill Baker di SOM. Bangunan ini membabitkan beberapa kontraktor yang berprofail tinggi seperti Tuner Construction Company, Samsung Engineering and Construction, Arabtec, Grocon, Bauer AG, Middle East Foundations, Otis, Lerch Bates, Schmidlin, Al Naboodah, and Laing O'Rourke. Tambahan pula, Bangunan ini hanya membabitkan satu pemaju iaitu Emaar Properties.

[Burj Dubai - Google Earth]

Keseluruhan jumlah pembiyaan untuk membangun Burj Dubai ini ialah US$4.1 Billions dan untuk keseluruhan pembangunan "Downtown Dubai" ialah US$20billions. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer, CEO) Emaar Properties, Mohamed Ali Alabbar bahawa harga ruang pejabat di Burj Dubai mencapai US$4000 per sq ft (Mencecah US$43,000 m2) dan Armani Residences yang turut berada di dalam Burj Dubai dijual dengan harga US$3,000 per sq ft ( mencecah US$37,500 per m2).

Bangunan ini mendapat sentuhan reka bentuk oleh Skidmore, Owings, dan Merrill yang juga mereka bentuk Willis Tower di Chicago, Illinois dan 1 World Trade Center di Bandaraya New York.

[Burj Dubai - 2004]

[Burj Dubai - 2005]

[Burj Dubai - 2006]

[Burj Dubai - 2007]

[Burj Dubai 2008]

[Burj Dubai - 2009]

Wednesday, December 2, 2009

Kedahku Gemilang




"Melihat kepada perkembangan arus perdana kini, pelbagai pembangunan sana sini disusuli dengan pencapaian yang dicipta. Disini saya ingin menyentuh berkenaan pencapaian dan kegemilangan anak-anak Kedah atau dalam erti kata lain individu kelahiran Negeri Kedah yang mengukir nama dipentas nasional mahupun antarabangsa..."

Daripada,

Che Zan



[Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj]

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia yang dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Tunku lahir pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat atau lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Alor Setar Kedah. Tunku merupakan putera ketujuh dan anak yang ke-27 Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-24. Tunku pernah menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Tunku menjadi PM Malaysia bermula 31 Ogos 1957 sehinggalah 22 September 1970. Tunku menghembus nafas terakhir pada 6 Disember 1990 ketika beliau berusia 87 tahun. Tunku disemadikan di Makan Diraja Langgar, Kedah.



[Che Det di pejabat beliau sebagai Penasihat Petronas di Menara Berkembar Petronas]

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 yang dikenali sebagai Bapa Pemodenan. Beliau dilahirkan 20 Disember 1925 di Alor Setar, Kedah. Beliau telah menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun bermula 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Perjalanan kepimpinan beliau sebagai negarawan terulung telah meletak Malaysia sebagai Pemimpin Dunia Ketiga. Keupayaan membangunkan Malaysia dengan pantas dikagumi oleh kawan mahupun lawan. Beliau dikaitkan dengan pelbagai projek-projek Mega seperti Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Berkembar Petronas (KLCC), dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC). Kini beliau masih memberi khidmat bakti beliau kepada negara. Beliau telah dilantik sebagai Penasihat kepada beberapa Syarikat GLC seperti Penasihat Petronas dan Penasihat Proton.


[Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari]

Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhari merupakan ikon usahawan berjaya bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa. Syed Mokhtar merupakan antara individu terkaya di Malaysia. Menurut Majalah Forbes, kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar sebanyak US$2.oo billion dan merupakan orang ketujuh terkaya di Malaysia serta Bumiputera yang terkaya di Malaysia.


[Tun Daim di pejabatnya]

Tun Daim Zanuddin merupakan mantan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau dilahirkan pada 29 April 1938 di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan tokoh korporat Melayu yang berjaya. Pakar Kewangan ini pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia sebanyak 2 kali ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir.


[Tan Sri Razali Ismail]

Tan Sri Razali Ismail merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang memegang jawatan tertinggi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Presiden Majlis Keselamatan PBB (1989-1990), Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial (1991), dan Wakil Khas PBB ke Myammar. Belaiau dilahirkan 14 April 1939 di Alor Setar, Kedah


[Tan Sri Hassan Marican]

Tan Sri Hassan Marican merupakan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Beliau merupakan anak jati Sungai Petani, Kedah.


[Tun Zahir Ismail]

Tun Zahir Ismail merupakan Yang Dipetua Dewan Rakyat. Beliau dilahirkan pada 19 Mac 1924. Beliau juga merupakan bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Beliau telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada 14 Oktober 2004.

Sumber rujukan :



Tuesday, November 24, 2009

Gaya Tudung Selebriti



"Bertudung adalah tuntutan agama.
Dewasa ini, pelbagai gaya tudung dan cara pemakaian ditonjolkan.
Tambahan pula, kebanyakan selebriti di Malaysia kini memilih untuk menggayakan tudung dengan gaya mereka tersendiri.
Secara tidak langsung menjadi ikutan peminat dan masyarakat di luar sana. ..."
Che Zan





Datin Norjuma Habib


[Datin Norjuma Habib]

Beliau merupakan isteri kepada Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak. Sebelum berkahwin, beliau terlibat dalam bidang pengacaraan di TV3. Gaya penampilan beliau kekal ayu dan anggun meskipun telah memiliki cahaya mata. Penampilan yang sopan dan gaya tudung yang menawan.




Wardina Safiyyah



[Wardina Safiyyah]

Beliau dianggap sebagai pencetus fesyen tudung di Malaysia.
Meskipun bertudung namun
beliau bijak menggayakan tudung tersebut mengikut kesesuai majlis dan pakaian.




Farah Adeeba



[Farah Adeeba]

Beliau merupakan pengacara Tv9 yang menjadi salah satu ikon dalam syarikat penyiaran TV9. Wajah kacukan beliau dan kepetahan beliau berucap benar-benar menjadi tarikan penonton.




Ekin



[Ekin]

Isteri kepada Mawi ini memang bijak mengenakan tudung dengan pakaiannya.
Sejak akhir-akhir ini, Ekin telah dilantik menjadi duta dan model
bagi beberapa syarikat pakaian muslimah.




Fifi


[Fifi]

Fifi merupakan personaliti bertudung yang bergiat dalam bidang pengacaraan.




Dato' Siti Nurhaliza



[Datuk Siti Nurhaliza]

Dato' Siti Nurhaliza merupakan seorang artis paling terkenal tanah air.
Beliau bijak memilih tudung megikut keperluan majlis.
Siti Nurhaliza makin manis dan cantik apabila bertudung.




Aida



[Aida]

Aida merupakan pemenang Rancangan Gadis Melayu musim pertama.
Seorang yang bersederhana dalam bergaya .




Irma Hasmie



[Irma Hasmie]

Imej baru beliau yang bertudung menyerlahkan
keperibadian seorang wanita muslimah dalam diri beliau.




Datin Normala Samsuddin


[Datin Normala Samsuddin]

Bekas personaliti TV3 ini seorang yang bijak bergaya dangan aneka gaya fesyen.




Rafidah Ibrahim




[Fida]

Gaya Fida sebagai seorang selebriti pelbagai mengikut situasi.
Beliau merupakan seorang pelakon muda yang berbakat.

Saturday, November 21, 2009

Koleksi Rumah VVIP (Part 1)


"Rumah yang indah menjadi idaman setiap individu. Rumah sebagai tempat untuk istirehat dan tempat berkumpul seisi keluarga. Disamping itu, rumah yang luas menggambarkan kekayaan individu. Selain itu, rumah bagi sesetengah individu tidak perlu besar hanya sekadar sederhana. Bak kata orang, biar cukup-cukup makan saja..."

Daripada,
Che Zan


Sebagai anak jati Negeri Jelapang Padi Malaysia, saya kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke rumah saya di Jitra. Dalam perjalanan pulang ke rumah di Jitra, saya akan melalui di hadapan pintu gerbang Istana Anak Bukit.
[Pintu gerbang Istana Anak Bukit yang begitu indah]

Istana Anak Bukit merupakan Kediaman Sultan Kedah. Istana ini terletak dalam Bandar DIraja Anak Bukit. Tambahan pula, Anak Bukit terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit dan dalam Parlimen Kuala Kedah. Lokasinya tidak jauh dari Bandaraya Alor Setar iaitu 7 km. Istana ini dihubungkan terus dengan Lebuhraya Darulaman.
[Istana Anak Bukit]
[Lukisan pelan Istana Bukit]



Malaysia merupakan sebuah negaran yang aman dan makmur. Kepelbagaian sumber ekonomi membolehkan pelbagai pelaksanaan pembangunan dapat dilaksanakan. Ketua Negara Malaysia ialah Yang diPertuan Agong. Baginda menjadi lambang kedaulatan Negara Malaysia. Baginda menetap di Istana Negara. Istana ini merupakan tempat terpenting di negara kerana pelbagai majlis rasmi di adakan disini. Antaranya Mensyuarat Majlis Raja-Raja Melayu, Pertabalan Yang diPertuan Agong, dan Majlis Angkat Sumpah Ketua Kerajaan Malaysia (Perdana Menteri Malaysia). Di bawah merupakan sebahagian gambar Istana Negara yang dapat dikongsi.
[Istana Negara ketika dahulu]
[Istana Negara sekarang]
[Istana Melawati yang terletak di Putrajaya digunakan sebagai Istana Hinggap]



YB. Dato' Mukhriz Bin Tun Mahathir merupakan pemimpin yang kian memuncak prestasi beliau sebagai seorang ahli politik dalam pentas politik Malaysia kini. Dato' Mukhriz merupakan Timbalan Menteri Antarabangsa Perdagangan dan Industri (MITI) merangkap Ahli Parlimen Jerlun. Beliau mempunyai kediaman yang begitu indah. Berikut merupakan gambar yang dapat dikongsi bersama-sama.
[Rumah Mukhriz]



Datuk Siti Nurhaliza merupakan penyanyi terkenal dan merupakan artis Asia Tenggara yang terkaya. Siti Nurhaliza memiliki beberapa rumah bersama-sama keluarga beliau.
[Rumah Siti di Pahang]
[Rumah Siti di Cheras]
[Rumah Siti di Cameron Highland]
[Rumah Siti di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur]




Saya dapat mencari beberapa lagi koleksi rumah VVIP yang dapat dikongsi. Berikut adalah gambar-gambar:

[Rumah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama]



[Istana Nurul Iman merupakan Istana Sultan Brunei]




[Rumah Y.A.B. Dato' Seri Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Negeri Kelantan]



[Rumah Dato' Seri Dr. Khir Toyo, Mantan Menteri Besar Selangor]



[Rumah Y.A.B. Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor]



[Rumah peribadi Y.A.B. Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia]



[Rumah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin, Pengasas NAZA]




Rujukan :
2) http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=100344&pp=20&page=14
3) http://shalehudin.blogspot.com/2009/07/malaysiakini-istana-khir-toyo-rm-24.html