Sunday, January 11, 2009

PRK : BN? PAS? BEBAS?

Suasana Kuala Terengganu kembali gamat apabila Pilihanraya Kecil diumumkan oleh SPR. Namun ramai yang tidak tahu siapakah bakal mentadbir KT selepas. Calon-calon yang ditonjolkan mempunyai karismatik tersendiri. Tidak adil lah jika saya mempertikaikan kebolehan mana-mana calon wahal setiap insan mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri.

Namun bila direnung secara tuntas terdapat beberapa situasi yang menjadi kekeliruan dalam masyarkat Kuala Terengganu itu sendiri. Ini disebabkan rekod Pas dan BN kelihatan sama. Isu yang dibawa sudah lapuk bagi kedua-dua parti.

Adakah calon bebas bakal mentadbir KT dan mengisi kerusi MP Kuala Terengganu selaku calon bebas.
Jika ini menjadi realiti sudah tentu akan mewarnai corak politik bagi kalendar 2009.

Tapi Pas telah menakluk ketiga-tiga kerusi DUN bagi Parlimen Kuala Terengganu dimana salah satunya disandand oleh YB Mohd Abdul Wahid Endut. Ini sudah semestinya akan menggambarkan kemenangan bagi pihak Pas.

Walaubagaimanapun, sesiapa pun yang bakal menjadi MP Kuala Terengganu harus memegang amanah rakyat dengan penuh tanggungjawab.

"SELAMAT MENGUNDI PRK 2009!!!"

0 comments: