Wednesday, April 15, 2009

1 Malaysia : Datuk Najib Cetus Revolusi Kepimpinan Yang Gemilang

1 Malaysia :
Datuk Najib Cetus Revolusi Kepimpinan Yang Gemilang


[PM iring mantan PM, Y.A.Bhg. Tun Abdullah pulang dari Istana Negara]



[Keluarga Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ke-2]




[Datuk Seri Mohd. Najib ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di Istana Negara]


Setelah mengangkat sumpah, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah membuat ucupan sulung beliau yang disiarkan secara 'live' diseantereo dunia khususnya Malaysia.

Beliau telah memperkenalkan konsep '1 Malaysia'.Dalam konsep ini beliau telah memlontarkan mesej dimana;

RAKYAT DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN,

Jelas menggambarkan kepada kita betapa pentingnya konsep perpaduan dalam senario kini. Kerapuhan perpaduan yang jelas kini sedikit sebanyak menggugat pembangunan negara.
Khususnya perpaduan Melayu yang kian rapuh. Seolah-olah telah tiada taringnya. Justeru, tugas berat bakal dipukul oleh Y.A.B. Datuk Seri Najib dalam mewarni semula kalendar Malaysia.

Tindakan Datuk Seri Najib membariskan barisan kabinet yang mantap telah memberikan aspirasi bahawa kabinet yang dibentuk benar-benar komited dalam memastikan negara Malaysia maju selaras Wawasan 2020 .

Pelantikan Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri Persekutuan merupakan antara langkah yang tepat. Tambahan pula, pelantikan beberapa muka baru menggambarkan Datuk Najib memerlukan khidmat mereka selaras dengan kemahiran yang mereka ada.

Akhir kalam, moga Datuk Seri terus meneruskan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai seorang negarawan yang tiada ganti.

"Harimau mati meninggalkan belang, manusia meninggalkan jasa"

Jasamu dikenang.

0 comments: