Wednesday, June 3, 2009

Cabaran Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin

Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
[Perdana Menteri Malaysia]



Sejak Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak mengambil alih kepimpinan negara, beliau telah menegaskan rakyat menjadi keutamaan dalam pentadbiran beliau. Apa yang dilaungkan beliau sepanjang masa ialah
1Malaysia,
Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan

Ungkapan ini menjadi azimat kepada setiap warganegara Malaysia terutamanya barisan kepimpinan negara yang baru. Ungkapan ini bukan sekadar pencuci mulut semata-mata namun ia dibuktikan sendiri oleh Datuk Seri Najib dalam lawatan mengejut beliau di sekitar Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6. Tahniah Datuk Seri! Kini menjadi tanggungjawab setiap menteri yang dilantik dengan membuktikkan kebolehan mereka sebagai pemimpin. Langkah memperkenalkan KPI dalam Kabinet Malaysia merupakan suatu langkah yang wajar menjadi ikutan. Secara tidak langsung dapat mengukur sejauh manakah tindakan dan penyelesaian yang diambil oleh setiap menteri.


Y.B. Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
[Menteri Wilayah Persekutuan]


Di sini, Che Zan ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Kebolehan Datuk dalam memimpin badan NGO telah membawa Datuk ke kerusi Menteri kini.



Sungguhpun begitu, banyak bebanan dan isu yang perlu dirungkai dan diselesaikan memandangkan Wilayah Persekutuan yang terdapat di Malaysia merupakan pusat tumpuan dunia. Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia merupakan nadi pelaksana jentera kerajaan. Selain itu, Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia yang bertaraf antarabangsa. Sementara itu, Labuan ialah pusat ekonomi maritim. Justeru, ketiga-tiga wilayah ini amat penting. Pada PRU 12 dahulu, Barisan Nasional telah tewas di Kuala Lumpur. Ini menjadi cabaran penting Datuk dalam memulihkan keyakinan masyarakat ibu kota terhadap kerajaan memerintah.


[Puduraya menjadi tumpuan warga Ibu Kota Kuala Lumpur setiap kali pulang ke kampung]


Antara permasalahan timbul kini iaitu Puduraya. Puduraya merupakan nadi perkhidmatan bas ekspres di Kuala Lumpur. Pudu kini telah membangun dengan pelbagai bangunan pencakar langit. Puduraya yang dimamah usia kini dihimpit dengan urbanisasi sekitar. Meskipun kita semua sedia maklum bahawa sebuah bangunan dibina disebelah Hentian Puduraya yang dikenali sebagai Plaza Rakyat namun hanya sekadar tinggal kren dan tiang-tiang konkrit. Che Zan seorang mahasiswa yang kerap kali menggunakan perkhidmatan bas ekspres di Puduraya untuk pulang ke Jitra, Kedah. Situasi di Puduraya bertambah teruk ketika musim perayaan. Kesesakkan yang amat teruk bukan sekadar di jalan-jalan sekitar namun di dalam bangunan Puduraya itu sendiri pun sesak. Justeru, mohon jasa baik Datuk memperhalusi masalah ini.

0 comments: