Test Blog (Header)

Saturday, June 6, 2009

Pergaulan Bebas Remaja



Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta untuk menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri, Yang mencipta semuanya berpasangan (43:12). Daripada Adam dan isterinya, lahirlah kaum lelaki dan perempuan yang berkembang biak, dan pada hari ini mereka berjumlah kira-kira 5.7 bilion kesemuanya. Mereka dicipta agar takut kepada-Nya.

Firman-Nya,
"Wahai manusia, takutilah Pemelihara (Tuhan) kamu Yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya (isterinya), dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan"
(Ayat pertama, Surah ke 4, berjudul "Perempuan"; atau lazimnya ditulis seperti 4:1)

Dunia kini makin tua. Pelbagai cabaran menghimpit masyarkat kita ini. Umat Islam kini dicengkam dengan keruntuhan nilai agama dan akhlak. Ini menyebabkan musuh-musuh Islam mudah mengambil kesempatan. Umat Islam kini alpa dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T. Kealpaan ini menyebabkan kita tidak bersyukur dengan apa yang diperoleh kita sedangkan kita sentisa bersikap tidak puas hati dan tamak. Keperibadian umat akhir zaman kini kian mencabar. Nabi Muhammad S.A.W. sedih melihat umat-umat baginda berkelakuan sebegini. Tambahan pula, keruntuhan nilai agama ini kini makini menjadi-jadi terutamanya melibatkan golongan belia. Masalah zina dan pergaulan bebas antara lelaki bukan muhrim dengan perempuan bukan muhrim makin berleluasa. Dari rumah tumpangan di pinggir bandar dijadikan 'port' mereka yang rakus ini melepaskan nafsu sehinggalah hotel yang bertaraf lima bintang. Allah S.W.T. melarang hamba-hambaNya melakukan zina ini.

Mengikut firmanNya,
"Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, jalan yang jahat"(17:32)

Amalan ini wajar dibanteras dengan segera. Kebejatan sosial seperti ini melahir masyarakat tidak sihat. Sebagai seorang yang berpegang teguh, wajiblah kita menjauhi perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T. kerana setiap apa yang diharamkan itu mempunyai hikmah yang tersendiri.


Allah telah berfirman dalam Al-Quraan iaitu,
"Katakanlah kepada orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka" (24:30).
Apabila pandangan tidak dikawal dan kemaluan diperdagangkan maka ini menjadi penyebab zina berlaku.


Hukum Zina:

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.

(Surah An- Nur ayat 2)

Rujukan :

  • http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/zina.htm
  • http://www.e-bacaan.com/artikel_wanita.htm




No comments:

Advertisement

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails