Test Blog (Header)

Friday, November 20, 2009

Koleksi Kereta VVIP

[Che Zan a.k.a SDR. Mohamad Fauzan Bin Mat Isa]

"Kereta merupakan aset yang menjadi lambang keunggulan dan prestasi seseorang individu. Tambahan pula, sesetengah individu menjadi kereta sebagai hobi. Ini menjadi hobi kepada golongan elit kerana kebanyakan golongan ini mempunyai pendapatan yang tinggi. Justeru, hobi mengumpul kereta diklasifikasi sebagai Hobi Elit..."

Daripada : Che Zan


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah merupakan antara individu terkaya di dunia turut mengumpul beberapa koleksi kereta mewah atau 'platinum'. Kereta-kereta ini dijaga rapi oleh baginda di dalam 'top exclusive garage'.
Ada fakta yang menyatakan bahawa Rolls-Royce menyediakan 40 atau 50 kereta kepada Brunei.



Sultan Kedah, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah turut mempunyai beberapa kenderaan namun terdapat beberapa kenderaan yang dapat saya kongsikan bersama-sama saudara.

[Proton Perdana V6 milik Sultan Kedah Darul Aman]
[Rolls-Royce Phantom dimiliki oleh Sultan Kedah Darul Aman]



Di bawah ini merupakan kereta milik anakanda mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 iaitu Y.Bhg. Dato' Mokhzani Bin Tun Mahathir. Beliau merupakan salah seorang individu terkaya di Malaysia. Tambahan pula, beliau juga pernah memiliki beberapa Mercedes Benz, Ferrari, dan Porsche. Selain itu, beliau turut berlumba dalam perlumbaan Merdeka Millennium Endurance (MME) di Sepang menerusi pasukannya sendiri.

[Pagani Zonda milik Mokhzani Mahathir]
[Mokhzani bersama-sama Cayenne]



YB. Khairy Jamaluddin antara individu 'top' di Malaysia kini. Beliau menjadi ikon kepada belia pada masa kini. Terkini, beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau turut memiliki beberapa kereta mewah.

[Mercedes Benz S-Class milik YB Khairy Jamaluddin]
[Toyota Land Cruise milik YB Khairy Jamaluddin]



Kereta digunakan untuk membawa individu dan kumpulan ke suatu tempat. Y.A.B. Dato' Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak menggunakan beberapa kereta bagi tugasan rasmi beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
[Proton Perdana Grand Limosine yang dinaiki oleh Dato' Seri Mohd. Najib]
[Proton Perdana V6 Executive yang dinaiki oleh Datin Seri Rosmah ke majlis rasmi]
[Mercedes Benz S-Class yang dinaiki oleh PA dan Security Officer semasa mengiringi Dato' Seri Mohd. Najib dan Datin Seri Rosmah]

Rujukan :

No comments:

Advertisement

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails