Test Blog (Header)

Saturday, November 21, 2009

Koleksi Rumah VVIP (Part 1)


"Rumah yang indah menjadi idaman setiap individu. Rumah sebagai tempat untuk istirehat dan tempat berkumpul seisi keluarga. Disamping itu, rumah yang luas menggambarkan kekayaan individu. Selain itu, rumah bagi sesetengah individu tidak perlu besar hanya sekadar sederhana. Bak kata orang, biar cukup-cukup makan saja..."

Daripada,
Che Zan


Sebagai anak jati Negeri Jelapang Padi Malaysia, saya kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke rumah saya di Jitra. Dalam perjalanan pulang ke rumah di Jitra, saya akan melalui di hadapan pintu gerbang Istana Anak Bukit.
[Pintu gerbang Istana Anak Bukit yang begitu indah]

Istana Anak Bukit merupakan Kediaman Sultan Kedah. Istana ini terletak dalam Bandar DIraja Anak Bukit. Tambahan pula, Anak Bukit terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit dan dalam Parlimen Kuala Kedah. Lokasinya tidak jauh dari Bandaraya Alor Setar iaitu 7 km. Istana ini dihubungkan terus dengan Lebuhraya Darulaman.
[Istana Anak Bukit]
[Lukisan pelan Istana Bukit]



Malaysia merupakan sebuah negaran yang aman dan makmur. Kepelbagaian sumber ekonomi membolehkan pelbagai pelaksanaan pembangunan dapat dilaksanakan. Ketua Negara Malaysia ialah Yang diPertuan Agong. Baginda menjadi lambang kedaulatan Negara Malaysia. Baginda menetap di Istana Negara. Istana ini merupakan tempat terpenting di negara kerana pelbagai majlis rasmi di adakan disini. Antaranya Mensyuarat Majlis Raja-Raja Melayu, Pertabalan Yang diPertuan Agong, dan Majlis Angkat Sumpah Ketua Kerajaan Malaysia (Perdana Menteri Malaysia). Di bawah merupakan sebahagian gambar Istana Negara yang dapat dikongsi.
[Istana Negara ketika dahulu]
[Istana Negara sekarang]
[Istana Melawati yang terletak di Putrajaya digunakan sebagai Istana Hinggap]



YB. Dato' Mukhriz Bin Tun Mahathir merupakan pemimpin yang kian memuncak prestasi beliau sebagai seorang ahli politik dalam pentas politik Malaysia kini. Dato' Mukhriz merupakan Timbalan Menteri Antarabangsa Perdagangan dan Industri (MITI) merangkap Ahli Parlimen Jerlun. Beliau mempunyai kediaman yang begitu indah. Berikut merupakan gambar yang dapat dikongsi bersama-sama.
[Rumah Mukhriz]



Datuk Siti Nurhaliza merupakan penyanyi terkenal dan merupakan artis Asia Tenggara yang terkaya. Siti Nurhaliza memiliki beberapa rumah bersama-sama keluarga beliau.
[Rumah Siti di Pahang]
[Rumah Siti di Cheras]
[Rumah Siti di Cameron Highland]
[Rumah Siti di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur]




Saya dapat mencari beberapa lagi koleksi rumah VVIP yang dapat dikongsi. Berikut adalah gambar-gambar:

[Rumah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama]



[Istana Nurul Iman merupakan Istana Sultan Brunei]




[Rumah Y.A.B. Dato' Seri Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Negeri Kelantan]



[Rumah Dato' Seri Dr. Khir Toyo, Mantan Menteri Besar Selangor]



[Rumah Y.A.B. Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor]



[Rumah peribadi Y.A.B. Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia]



[Rumah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin, Pengasas NAZA]




Rujukan :
2) http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=100344&pp=20&page=14
3) http://shalehudin.blogspot.com/2009/07/malaysiakini-istana-khir-toyo-rm-24.html

No comments:

Advertisement

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails