Friday, December 4, 2009

Burj Dubai



"Dewasa ini, banyak negara berlumba-lumba membina menara pencakar langit dalam memenuhi peningkatan sistem ekonomi. Maksud saya disini adalah menara yang tinggi dan besar semestinya memberi kesan yang effektif kepada sistem ekonomi negara. Ruang pejabatnya yang banyak dan luas namun dalam pada masa yang sama bangunan ini menjadi monumen tarikan pelancong yang dapat meningkat pertumbunhan dalam industri pelancongan..."

Daripada,

Che Zan



Burj Dubai

Burj Dubai terletak di Dubai, United Arab Emirates (UAE). Ia merupakan bangunan buatan manusia yang tertinggi di dunia. Burj Dubai belum secara rasmi di iktiraf sebagai "Bangunan Tertinggi di Dunia" sebelum ia dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Sebaliknya pemegang "Bangunan Tertinggi di Dunia" masih lagi Taipei 101,Taiwan. Pembinaannya bermula pada 21 September 2004 dan pembinaannya sudah sampai pada sentuhan terakhir apabila ia siap dibuka pada 4 Januari 2010. Bangunan dikategorikan pelbagai guna ini mempunya ketinggian 818 meter (2,684ft). Burj Dubai menempatkan 160 tingkat dengan luas keluasan setiap tingkat iaitu 334,000m2 (3,595,100 sq ft).


Bangunan direka bentuk oleh AdrianSmith yang bekerja bersama-sama Skidmore,Owings, dan Merrill (SOM) manakala jurutera struktur iaitu Bill Baker di SOM. Bangunan ini membabitkan beberapa kontraktor yang berprofail tinggi seperti Tuner Construction Company, Samsung Engineering and Construction, Arabtec, Grocon, Bauer AG, Middle East Foundations, Otis, Lerch Bates, Schmidlin, Al Naboodah, and Laing O'Rourke. Tambahan pula, Bangunan ini hanya membabitkan satu pemaju iaitu Emaar Properties.

[Burj Dubai - Google Earth]

Keseluruhan jumlah pembiyaan untuk membangun Burj Dubai ini ialah US$4.1 Billions dan untuk keseluruhan pembangunan "Downtown Dubai" ialah US$20billions. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer, CEO) Emaar Properties, Mohamed Ali Alabbar bahawa harga ruang pejabat di Burj Dubai mencapai US$4000 per sq ft (Mencecah US$43,000 m2) dan Armani Residences yang turut berada di dalam Burj Dubai dijual dengan harga US$3,000 per sq ft ( mencecah US$37,500 per m2).

Bangunan ini mendapat sentuhan reka bentuk oleh Skidmore, Owings, dan Merrill yang juga mereka bentuk Willis Tower di Chicago, Illinois dan 1 World Trade Center di Bandaraya New York.

[Burj Dubai - 2004]

[Burj Dubai - 2005]

[Burj Dubai - 2006]

[Burj Dubai - 2007]

[Burj Dubai 2008]

[Burj Dubai - 2009]

Wednesday, December 2, 2009

Kedahku Gemilang




"Melihat kepada perkembangan arus perdana kini, pelbagai pembangunan sana sini disusuli dengan pencapaian yang dicipta. Disini saya ingin menyentuh berkenaan pencapaian dan kegemilangan anak-anak Kedah atau dalam erti kata lain individu kelahiran Negeri Kedah yang mengukir nama dipentas nasional mahupun antarabangsa..."

Daripada,

Che Zan



[Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj]

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia yang dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Tunku lahir pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat atau lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Alor Setar Kedah. Tunku merupakan putera ketujuh dan anak yang ke-27 Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-24. Tunku pernah menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Tunku menjadi PM Malaysia bermula 31 Ogos 1957 sehinggalah 22 September 1970. Tunku menghembus nafas terakhir pada 6 Disember 1990 ketika beliau berusia 87 tahun. Tunku disemadikan di Makan Diraja Langgar, Kedah.



[Che Det di pejabat beliau sebagai Penasihat Petronas di Menara Berkembar Petronas]

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 yang dikenali sebagai Bapa Pemodenan. Beliau dilahirkan 20 Disember 1925 di Alor Setar, Kedah. Beliau telah menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun bermula 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Perjalanan kepimpinan beliau sebagai negarawan terulung telah meletak Malaysia sebagai Pemimpin Dunia Ketiga. Keupayaan membangunkan Malaysia dengan pantas dikagumi oleh kawan mahupun lawan. Beliau dikaitkan dengan pelbagai projek-projek Mega seperti Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Berkembar Petronas (KLCC), dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC). Kini beliau masih memberi khidmat bakti beliau kepada negara. Beliau telah dilantik sebagai Penasihat kepada beberapa Syarikat GLC seperti Penasihat Petronas dan Penasihat Proton.


[Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari]

Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhari merupakan ikon usahawan berjaya bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa. Syed Mokhtar merupakan antara individu terkaya di Malaysia. Menurut Majalah Forbes, kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar sebanyak US$2.oo billion dan merupakan orang ketujuh terkaya di Malaysia serta Bumiputera yang terkaya di Malaysia.


[Tun Daim di pejabatnya]

Tun Daim Zanuddin merupakan mantan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau dilahirkan pada 29 April 1938 di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan tokoh korporat Melayu yang berjaya. Pakar Kewangan ini pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia sebanyak 2 kali ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir.


[Tan Sri Razali Ismail]

Tan Sri Razali Ismail merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang memegang jawatan tertinggi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Presiden Majlis Keselamatan PBB (1989-1990), Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial (1991), dan Wakil Khas PBB ke Myammar. Belaiau dilahirkan 14 April 1939 di Alor Setar, Kedah


[Tan Sri Hassan Marican]

Tan Sri Hassan Marican merupakan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Beliau merupakan anak jati Sungai Petani, Kedah.


[Tun Zahir Ismail]

Tun Zahir Ismail merupakan Yang Dipetua Dewan Rakyat. Beliau dilahirkan pada 19 Mac 1924. Beliau juga merupakan bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Beliau telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada 14 Oktober 2004.

Sumber rujukan :