Friday, December 4, 2009

Burj Dubai



"Dewasa ini, banyak negara berlumba-lumba membina menara pencakar langit dalam memenuhi peningkatan sistem ekonomi. Maksud saya disini adalah menara yang tinggi dan besar semestinya memberi kesan yang effektif kepada sistem ekonomi negara. Ruang pejabatnya yang banyak dan luas namun dalam pada masa yang sama bangunan ini menjadi monumen tarikan pelancong yang dapat meningkat pertumbunhan dalam industri pelancongan..."

Daripada,

Che Zan



Burj Dubai

Burj Dubai terletak di Dubai, United Arab Emirates (UAE). Ia merupakan bangunan buatan manusia yang tertinggi di dunia. Burj Dubai belum secara rasmi di iktiraf sebagai "Bangunan Tertinggi di Dunia" sebelum ia dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Sebaliknya pemegang "Bangunan Tertinggi di Dunia" masih lagi Taipei 101,Taiwan. Pembinaannya bermula pada 21 September 2004 dan pembinaannya sudah sampai pada sentuhan terakhir apabila ia siap dibuka pada 4 Januari 2010. Bangunan dikategorikan pelbagai guna ini mempunya ketinggian 818 meter (2,684ft). Burj Dubai menempatkan 160 tingkat dengan luas keluasan setiap tingkat iaitu 334,000m2 (3,595,100 sq ft).


Bangunan direka bentuk oleh AdrianSmith yang bekerja bersama-sama Skidmore,Owings, dan Merrill (SOM) manakala jurutera struktur iaitu Bill Baker di SOM. Bangunan ini membabitkan beberapa kontraktor yang berprofail tinggi seperti Tuner Construction Company, Samsung Engineering and Construction, Arabtec, Grocon, Bauer AG, Middle East Foundations, Otis, Lerch Bates, Schmidlin, Al Naboodah, and Laing O'Rourke. Tambahan pula, Bangunan ini hanya membabitkan satu pemaju iaitu Emaar Properties.

[Burj Dubai - Google Earth]

Keseluruhan jumlah pembiyaan untuk membangun Burj Dubai ini ialah US$4.1 Billions dan untuk keseluruhan pembangunan "Downtown Dubai" ialah US$20billions. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer, CEO) Emaar Properties, Mohamed Ali Alabbar bahawa harga ruang pejabat di Burj Dubai mencapai US$4000 per sq ft (Mencecah US$43,000 m2) dan Armani Residences yang turut berada di dalam Burj Dubai dijual dengan harga US$3,000 per sq ft ( mencecah US$37,500 per m2).

Bangunan ini mendapat sentuhan reka bentuk oleh Skidmore, Owings, dan Merrill yang juga mereka bentuk Willis Tower di Chicago, Illinois dan 1 World Trade Center di Bandaraya New York.

[Burj Dubai - 2004]

[Burj Dubai - 2005]

[Burj Dubai - 2006]

[Burj Dubai - 2007]

[Burj Dubai 2008]

[Burj Dubai - 2009]

0 comments: