Friday, January 1, 2010

Che Det



Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinnya kita telah dipertemukan dengan 2010. Pelbagai sambutan dan majlis diadakan dalam menyambut kedatangannya. Moga 2010 yang menjelma tiba mampu memberi sinar kepada kita semua.

Tulisan blog pertama bagi tahun 2010 ini saya mulakan dengan biografi negarawan Malaysia iaitu Y.A.Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir atau nama penanya Che Det merupakan anak kelahiran negeri Jelapang Padi Malaysia, Kedah Darul Aman. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dalam keluarga beliau.


Beliau telah memulakan pendidikan rendah beliau di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Kemudian beliau menuruskan pengajian beliau di Government English School (GSE) di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar, Kedah.

(Kolej Sultan Abdul Hamid kini. Gambar dari www.spherezone.net/blogs)

[Tun Mahathir ketika menuntut di KSAH]

Sepanjang menuntut ilmu, kedatangan Jepun menyebabkan beliau terpaksa menangguhkan pengajiannya sebelum meneruskannya selepas Perang Dunia Ke-2 dengan lulus cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge di sekolah tersebut. Semasa Perang Dunia Ke-2, beliau mengisi masa lapang beliau dengan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.

[Suasana Pekan Rabu kini]

Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa oleh kerajaan untuk menyambung pengajian beliau dalam bidang perubatan di Singapura. Beliau menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura.


Beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.

[Dr. Mahathir bertemu dengan Dr. Siti Hasmah ketika menuntut di Singapura]

[Pasangan ini bahagia bersama sehingga sekarang]

Beliau telah memulakan tugas pertama beliau di Hospital Besar Pulau Pinang. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Jitra, Alor Setar, dan Langkawi, Kedah serta Perlis. Beliau telah berkahwin dengan Y.A.Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu empat lelaki dan 3 perempuan (Marina, Mizan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura, Mazhar, dan Daniel Fariezs)


[Marina Mahathir]


[Mizan Mahathir]


[Mokhzani Mahathir]


[Mukhriz Mahathir]



Dr. Mahathir telah memulakan klinik beliau, Klinik MAHA pada tahun 1957 yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Dr. Mahathir merupakan doktor Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar ketika itu. Klinik MAHA kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah dan terus beroperasi sehingga sekarang.

[Klinik Maha terletak berhampiran Bangunan Tunku (Ibu Pejabat UMNO Kedah)]

Dr. Mahathir merupakan seorang nasionalisme yang sanggup berjuang dalam membela agama, bangsa, dan negara. Beliau telah bergerak aktif dalam politik bermula tahun 1945 semasa penentangan Malayan Union menerusi UMNO. Semangat juang yang tinggi membolehkan beliau dicalonkan dalam Pilihanraya Umum Ketiga pada tahun 1964 dan menang untuk kerusi Parlimen Kota Setar. Langit tidak selalunya cerah, Dr. Mahathir Mohamad telah dipecat ketika politik negara tahun 1969 kurang stabil berikutan tragedi 13 Mei 1969. Tunku telah marah ketika itu berikutan pengedaran umum surat tulisan Dr. Mahathir kepadanya. Dalam surat itu, Dr. Mahathir telah menegur pentadbiran Tunku.

Sepanjang tempoh pemecatan beliau, Dr. Mahathir kembali berkhidmat sebagai doktor di klinik beliau. Dalam masa yang sama, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul The Malay Dilemma. Dalam penulisan beliau, Dr. Mahathir telah meluahkan rasa tidak puas hati beliau tentang sosioekonomi orang Melayu. Walaubagaimanapun, penerbitan buku itu diharamkan pada tahun 1970 namun dibenarkan penerbitannya semula ketika era kepimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Ketika Tunku berundur, Tun Abdul Razak telah mengambil alih kepimpinan negara. Pada masa yang sama wujud usaha untuk mengembalikan Dr. Mahathir ke dalam UMNO. Akhirnya sirih pulang ke ganggang. Dr. Mahathir kembali dalam UMNO pada 7 Mac 1972. Beliau telah dicalonkan dalam pilihanraya umum tahun 1974 di Parlimen Kubang Pasu dan menang tanpa bertanding. Tun Abdul Razak telah melantik Dr. Mahathir sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet barunya.


Setiap yang hidup mesti akan pergi. Tun Abdul Razak telah pulang ke Rahmatullah. Tun Hussien Onn mengganti Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ketika Tun Hussein ingin memilih timbalannya wujud beberapa pertimbangan. Ketika itu UMNO mempunyai tiga orang Naib Presiden iaitu Tun Ghaffar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Dr. Mahathir. Tun Ghaffar merupakan Naib Presiden yang paling kanan sekali ketika itu sebaliknya Dr. Mahathir merupakan Naib Presiden yang ketiga. Hasil pertimbangan Tun Hussein, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sepanjang menjawat jawatan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir telah dikekalkan portfolia Menteri Pelajaran namun tidak lama kemudian beliau di tukar ke portfolio Menteri MITI. Tun Hussein mengumumkan persaraan beliau pada pertengahan tahun 1981. Dr. Mahathir telah diumumkan sebagai penggati beliau. Pada 10 Julai 1981 secara rasminya Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Keempat.

[Tun Hussein Onn bersalaman dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad]

[Tun Dr. Mahathir bersama-sama mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff]

Sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia, pelbagai pembangunan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dalam mencorak perkembangan sosioekonomi negara. Beliau telah mencadangkan pengeluaran kereta nasional buatan Malaysia yang pertama iaitu Proton. Selain itu, Dr. Mahathir juga merupakan seorang arkitek Malaysia kerana berjaya mengubah momentum pembangunan di Malaysia dengan pelbagai mercu tanda dan kemudahan bertaraf antarabangsa. Ini dapat dilihat dengan pembangunan Kuala Lumpur City Center yang membabitkan Menara Berkembar Petronas yang dijadikan sebagai Headquarters Petronas sehingga kini.


Selain itu, pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya telah mengubah keadaan geografi Putrajaya daripada kawasan ladang dan hutan kepada sebuah bandar pintar yang dikagumi umum. Bagi mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur, sebuah lapangan antarabangsa dibina di Sepang bagi mengurangkan kesesakan di lanpangan terbang di Subang. Kuala Lumpur International Airport (KLIA) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan infrastruktur yang canggih dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pentadbiran Dr. Mahathir begitu unik. Sepanjang kepimpinan beliau, sebanyak empat orang timbalan perdana menteri telah berkhidmat bersama-sama dengannya.

[Tun Musa Hitam]

[Tun Ghafar Baba]

[Datuk Seri Anwar Ibrahim]

[Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi]


Kepimpinan Dr. Mahathir banyak kali diuji dengan pelbagai kontroversi. Pada awal pentadbiran beliau, Dr. Mahathir telah menghapuskan kuasa veto dan imuniti Raja dan Sultan. Secara tidak langsung beliau berdepan dengan Raja dan Sultan. Selain itu, UMNO berdepan dengan pengisytiharan sebagai parti haram. Selaku Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah mengatur strategi menyatukan semula UMNO yang telah berpecah kepada dua kumpulan. Pada 1998, negara digemparkan pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan oleh Dr. Mahathir. Peristiwa pemecatan itu membawa kepada Gerakan Reformasi. Selain itu, peristiwa itu membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Umum 1999.

[Gerakan Reformasi 1998]

[Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim]

Walaubagaimanapun, Dr. Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia meskipun pelbagai cabaran yang muncul.


Dr. Mahathir telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Beliau telah melantik Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi sebagai pengganti beliau. Sepanjang tempoh kepimpinan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, Dr. Mahathir meluahkan beberapa pandangan beliau tentang kepimpinan Pak Lah.


Kelangsungan kepada kritikan dan pandangan, akhirnya Dr. Mahathir mengisyhtiharkan dirinya keluar dari UMNO pada 19 Mei 2008 dalam sebuah majlis di Alor Setar, Kedah. Dr. Mahathir berbuat demikian disebabkan tidak yakin dengan kepimpinan UMNO.

Apabila Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam, Dr. Mahathir kembali kepada UMNO dengan mengekalkan nombor ahli UMNO 0000001.

[Dr. Mahathir bertemu Najib ketika menjadi semula sebagai ahli UMNO]

Meskipun bukan lagi pemimpin negara, Dr. Mahathir terus menabur bakti dan sumbangan kepada negara. Beliau hari ini merupakan Penasihat Petronas, Penasihat Proton, dan Penasihat LADA. Tambahan pula, beliau juga merupakan Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana.

[Menunggang kuda menjadi kegemaran Che Det]

[Dr. Mahathir di pejabatnya di KLCC]


[The Loaf merupakan kedai roti milik Dr. Mahathir]


3 comments:

Anonymous said...

Che Zan: inspiring blogspot. Bravo!!I love che Det too.

Mohamad Fauzan Bin Mat Isa said...

Thank you!

adeebdgurL said...

yess..luv TUN..!!bangga dngan TUN..