Thursday, January 21, 2010

Jom pakat pi Aloq Staq





Kedah Darul Aman merupakan Jelapang Padi Malaysia yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Mengikut perangkaan semasa, keluasan Negeri Kedah adalah 9,425 kilometer persegi. Kedah mempunyai 12 daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Yan, Baling, Sik, Padang Terap, Pokok Sena, Kulim, Bandar Baharu, Langkawi, dan Pendang. Bandaraya Alor Setar merupakan pemangkin utama pembangunan negeri yang juga merupakan ibu Negeri Kedah. Di Kedah terdapat beberapa destinasi pelancongan yang menarik yang boleh dikunjungi.


Di Alor Setar misalnya, terdapat beberapa tempat menarik seperti Menara Alor Setar. Menara ini merupakan bangunan yang paling tinggi di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar. Dengan ketinggian 165.5 m, bangunan ini telah dibina oleh Telekom Malaysia sebagai menara telekomunikasi dengan kos RM 40 Juta.


Selain itu, terdapat beberapa pusat membeli-belah yang boleh dikunjungi seperti Star Parade, Alor Setar Mall, City Plaza, City Point, Souq Al-Bukhari, dan Plaza Sentosa. Kompleks membeli-belah ini secar tidak langsung merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri.

[City Plaza merupkan pusat membeli-belah yang mempunyai hotel dan bersebelahan dengan City Point]


[Alor Star Mall terletak di selatan Bandaraya Alor Setar]


[Pemandangan hadapan Souq Al-Bukhary]
[Pemandangan bahagian dalam Souq Al-Bukhary]


[Star Parade, Alor Setar]


Tambahan pula, Islam merupakan agama rasmi bagi Negeri Kedah. Masjid Zahir merupakan antara mercu keagungan kedatangan Islam di Kedah. Masjid ini merupakan masjid negeri. Masjid ini dibuka secara rasminya pada hari Jumaat bersamaan 15 Oktober 1915 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

[Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah Darul Aman]

Sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah. ibni Almarhum Sultan Badlishah.


Taman ini terletak di Jalan Suka Menanti. Ia dilengkapi dengan tempat riadah dan sebuah tasik. Selain itu, terdapat 28 Batu Bersurat Kesultanan Kedah, dinding mural, dan kolam pancutan air berirama.


Dalam memastikan pembangunan yang seimbang diterapkan dalam gerak kerja pembangunan negeri, sebuah Pusat Sains Negara Wilayah Utara telah dibuka di Kedah Darul Aman. Pelbagai maklumat berkenaan dengan Sains dapat diperoleh disini. Lokasinya terletak di Gunung Keriang tidak jauh dari pusat bandaraya Alor Setar.



Bagi pengunjung dan pelancong yang ingin membeli barangan dan makanan tradisional, Pekan Rabu merupakan lokasi yang sesuai untuk dilawati. Tambahan pula, terdapat juga kelengkapan beribadah bagi umat Islam dijual disini seperti sejadah, songkok, Al-Quraan, jubah, dan sebagainya. Lokasinya begitu strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandaraya.


Selain itu, Kedah merupakan tempat kelahiran dua orang Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Rumah kelahiran Dr. Mahathir merupakan tempat yang paling ideal bagi mengenali lebih dekat tentang sejarah kehidupan mantan perdana menteri ke-4 itu. Ianya terletak di Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Alor Setar.


2 comments:

Anonymous said...

cantik blog awak

Anonymous said...

latak la warna pink lg cantik.heeeeeee