Friday, February 26, 2010

Usahawan Melayu Terbilang

[Che Zan di hadapan Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah]

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Tun Hussein telah memberi impaks kepada pertumbuhan ekonomi bumiputera terutamanya kepada orang Melayu. Pencapaian demi pencapaian diukir. Dalam blog kali in saya akan mengetengahkan usahawan-usahawan Melayu yang berjaya dalam bidang atau lapangan masing-masing


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary dilahirkan pada tahun 1952 di Kedah Darul Aman. Beliau merupakan individu kelapan terkaya di Malaysia mengikut kajian yang dilakukan oleh Majalah Forbes 2010 dengan nilai kekayaan sebanyak $1.8 billion.


Tambahan pula, beliau merupakan orang Melayu pertama dalam senarai individu terkaya di Malaysia. Antara syarikat yang dimiliki oleh beliau seperti Malakoff, Malaysian Mining Corporation (MMC), Gas Malaysia, dan Johor Port.



Disamping itu, beliau telah mengasaskan penubuhan Yayasan Al-Bukhary dalam membantu golongan kurang berkemampuan dan anak-anak yatim. Justeru, sebuah kompleks Yayasan Al-Bukhary telah dibina di negeri kelahiran beliau iaitu di Alor Setar, Kedah.


Kompleks tersebut dilengkapi Masjid Al-Bukhary, Pusat Rawatan Rakyat, rumah anak-anak Yatim, Souq Al-Bukhary, dan Universiti Al-Bukhary.



Dato' Mokhzani Tun Dr. Mahathir


Dato' Mokhzani Bin Tun Dr. Mahathir merupakan anak lelaki kedua mantan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.Berbahagia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Beliau dilahirkan pada Januari 1961. Beliau merupakan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang atau Sepang International Circuit (SIC). Tambahan pula, beliau merupakan pengedar kenderaan Porsche di Malaysia. Disamping itu, beliau juga memiliki 4 buah Porsche. Dalam kesibukan mengurus perniagaan, beliau meluangkan masa beliau dengan menyertai beberapa perlumbaan.


Beliau menduduki tangga ke-28 menurut kajian yang dilakukan oleh Majalah Forbes dengan jumlah kekayaan sebanyak $220 juta.



Tan Sri Mohd Hassan Marican


Tan Sri Dato' Seri Mohd Hassan Marican merupakan bekas Pengerusi Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas. Anak jati Sungai Petani, Kedah Darul Aman telah melakar kejayaan dalam membawa jenama Malaysia ke pentas antarabangsa. 'Malaysia Boleh' telah membina Petronas sebagai antara syarikat pengeluar petroleum terbesar di dunia.


Tan Sri Hassan telah bersama-sama Petronas sejak Februari 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan Petronas dan meninggalkan Petronas selepas tamat kontrak beliau beliau pada Februari 2010. Tugas beliau kini telah diteruskan oleh Datuk Shamsul Azhar Abbas, bekas Pengarah Urusan MISC Bhd's.



Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin


Tan Sri S.M. Nasimuddin S.M. Amin merupakan tokoh automotif negara. Beliau merupakan pengasas Naza Group Malaysia. Beliau juga merangkap Pengerusi dan Ketua Pegawau Eksekutif Naza Group of Malaysia. Beliau telah menubuhkan Naza Group sejak 1974 dan syarikat itu terus berkembang. Daripada perniagaan jualan kereta import mewah kepada perniagaan daripada lapangan lain. Ini terbukti apabila Naza Group mempunyai 14 bahagian perniagaan jualan kereta, motosikal, pembuatan, perkhidmatan kenderaan, alatan/perkakas mesin, kejuruteraan, perladangan, pengedaran rokok, perhotelan, hartanah, perumahan, dan sebagainya.


Beliau telah meninggal dunia di Los Angeles, California, Amerika Syarikat pada 1 Mei 2008. Kesinambungan perniagaan beliau telah diteruskan oleh keluarganya.

[S.M. Nasarudin S.M. Nasimuddin]

Anak lelaki keduanya, S.M. Nasarudin S.M. Nasimuddin telah dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Group. S.M. Nasarudin merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan daripada Universiti Southern California, Amerika Syarikat.

[S.M. Faisal S.M. Nasimuddin]

Manakala, anak beliau S.M. Faisal S.M. Nasimuddin merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Italia dan beliau telah dianugerahkan 'Most Promising Young Man 2006'.

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Tan Sri S.M. Nasimuddin S.M. Amin sebagai satu kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)



Tan Sri Rozali Ismail


Tan Sri Rozali Ismail merupakan Pengerusi Eksekutif dan pemegang saham utama bagi SYABAS dan Puncak Niaga Holdings Berhad. Tambahan pula, beliau merupakan pengasas, Pengerusi Eksekutif, dan pemegang saham utama Puncak Niaga Holdings Berhad, sebuah syarikat air utama di Malaysia. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang 1981 dari Universiti Malaya telah memulakan kerjaya sebagai Penasihat Undang-Undang di Urban Development Authority (UDA).

Sunday, February 21, 2010

Hujung Minggu Di Port Dickson

Alhamdulillah selesai sudah tugasan Kerja Sosial dibawah subjek Kaunseling dan Kerja Sosial (KKSB113). Selepas ini, satu laporan berkenaan aktiviti yang dijalankan akan dicoretkan. Tambahan pula, satu video akan dihasilkan supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di Port Dickson dapat dikongsi bersama-sama.

Sebenarnya, saya dan teman-teman mengadakan KEMPEN CINTAILAH PANTAI KITA di Port Dickson. Ini merupakan salah satu projek sosial dibawah KKSB113 yang dikendalikan oleh En. Mohd. Ariff Bin Ahmad Tarmizi, pensyarah subjek ini yang juga Dekan Institut Kajian Liberal (IKAL) Universiti Tenaga Nasional.

Berikut merupakan catatan perjalanan kami :

Jumaat - 19/02/2010

06.30 pm - Bertolak dari kediaman (Apartment Sri Dahlia, Kajang)
06.40 pm - Isi minyak di Shell Sg. Ramal
06.50 pm - Ke Kelompok Amanah (hostel) di UNITEN


07.05 pm - Pergi ke Masjid Universiti Tenaga Nasional untuk solat Maghrib


07.50 pm - Singgah di kedai runcit di Upten, UNITEN
08.05 pm - Bermulalah perjalanan ke Port Dickson (Kelajuan Minimum 120 km/jam...)
08.45 pm - Tiba di Port Dickson
08.50 pm - Makan malam di sebuah restoran


09.45 pm - Pergi ke tempat penginapan di Cocobay Condominium, Port Dickson


10.00 pm - Mandi, solat Isyak, dan santai
12.30 pm - Tidur

Sabtu - 20/02/2010

06.15 am - Bangun, solat Subuh, dan santai
07.00 am - Mandi di swimming pool :-)
07.45 am - Sarapan
08.00 am - Bertolak ke pantai pilihan sekitar Port Dickson
09.00 am - Bermulalah "KEMPEN CINTAILAH PANTAI KITA"
[Sampah-sarap yang di sekitar ]


[Sesi membersihkan pantai]


[Akhirnya pantai sudah bersih.... penat2]


[Sesi temu ramah dengan pengunjung pantai dan mengedarkan brochure]

[Santai.... ]

12.30 pm - Makan tengahari bersama-sama
01.30 pm - Pulang ke penginapan
02.05 pm - Bertolak pulang
02.45 pm - Sampai di apartment dengan selamatnya. Syukur....

[Che Zan]

Sunday, February 14, 2010

Selamat Tahun Baru Cina


Malaysia kaya dengan budaya dan tradisi. Permuafakatan antara kaum di Malaysia telah menyemarakkan semangat muhibbah sesama kita. Setiap tahun pelbagaian perayaan disambut oleh rakyat negara ini. Hari ini dan esok telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh kerajaan. Secara tidak langsung sambutan perayaan Tahun Baru Cina dirasai segenap warganegara Malaysia. Kesepakatan dan toleransi sesama masyarakat akan menyemarakkan integrasi dalam Malaysia.


Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menekankan semangat perpaduan antara kaum dalam Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya. Ini disebabkan pengukuhan perpaduan dalam sesebuah merupakan agenda utama dalam menjadi penggerak kepada kemajuan sebuah negara. Kayu ukurnya disini adalah perpaduan. Justeru, saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan latar belakang supaya terus-menerus membina integrasi nasional.