Sunday, February 14, 2010

Selamat Tahun Baru Cina


Malaysia kaya dengan budaya dan tradisi. Permuafakatan antara kaum di Malaysia telah menyemarakkan semangat muhibbah sesama kita. Setiap tahun pelbagaian perayaan disambut oleh rakyat negara ini. Hari ini dan esok telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh kerajaan. Secara tidak langsung sambutan perayaan Tahun Baru Cina dirasai segenap warganegara Malaysia. Kesepakatan dan toleransi sesama masyarakat akan menyemarakkan integrasi dalam Malaysia.


Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menekankan semangat perpaduan antara kaum dalam Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya. Ini disebabkan pengukuhan perpaduan dalam sesebuah merupakan agenda utama dalam menjadi penggerak kepada kemajuan sebuah negara. Kayu ukurnya disini adalah perpaduan. Justeru, saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan latar belakang supaya terus-menerus membina integrasi nasional.

1 comments:

mr m0mo said...

perpaduan..
usah membandingkan perpaduan antara kaum itu sendiri,
kita bincangkan dg lebih dalam aspek perpaduan sesebuah kaum itu sendiri..
sekarang ni, dalam kaum yang kita cukup banggakan, kaum melayu ( kononya ) berpadukah? senang, ambil contoh dalam krisis politik perak yang berlaku sejenak lalu.. kesultanan melayu perak dicaci, dimaki oleh? orng melayu yang tak sedar diri.. kita sibuk mempertahankan, mereka sibuk menikam-nikam kita..
adakah ini bangsa pasca hang tuah yang inginkan? keramat " tak akan melayu hilang di dunia " alamatnya.. hilang mcm tu shaja..
apabila berlaku perpecahan atau kanser dalaman ini sendiri tak dapat diubati, saya kira, konsep satu malaysia yang menegaskan perpaduan dan integriti antara rakyat ini sendiri akan menemui jalan kegagalan selagi bius untuk kanser ini tidak dicari.. setuju?