Friday, April 16, 2010

Petronas Formula 1 GP 2010


Syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinnya semester 4 sudah selesai dengan jayanya. Penantiannya sekarang adalah keputusan peperiksaan bagi semester 4. Moga dimurahkan rezeki. Banyak kenangan tercatit dalam diari semester 4. Tapi yang paling menggembirakan saya adalah kenangan menyaksikkan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang atau Sepang International Circuit (SIC). Tambahan pula, saya dan 29 orang pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menerima tiket percuma daripada pihak universiti. Tiket 'Grandstand'. Agak mahal juga.

Jika dulu saya sekadar berangan-angan untuk ke SIC tapi segalanya menjadi kenyataan apabila perjalanannya bermula seawal pukul 10.30am dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada 4 April 2010 iaitu pada hari Ahad selepas berakhirnya peperiksaan akhir semester.

10.30 am : Weng Fei memandu Viva putihnya ke UNITEN bersama-sama Zhao An untuk mengambil saya.

[Weng Fei dan Zhao An]

11.15 am : Tiba di Sepang. Kami meletak kenderaan di tempat letak kenderaan khas berhampiran KLIA. Sekali masuk RM20.

11.25 am : Beli tiket shuttle bus pergi balik RM20. Perjalanan ke SIC menggunakan perkhidmatan shuttle bus memakan masa setengah akibat kesesakan lalu lintas.

11.55 am : Tiba di SIC. Kami berjalan kaki dari tapak parkir bus ke Mall Area. Setelah tiba di sana, saya pergi membeli souvenir untuk dibawa pulang. Malangnya, saya sekadar mampu membeli 2 helai t-shirt kerana kebanyakan barangan yang dijual agak mahal. Selepas itu, aktiviti window shopping di setiap booth yang ada. Gerai-gerai jualan yang ada seperti Ferrari, LG, Mercedes, Red Bull, dan banyak lagi. Disamping itu, di tengah-tengah ruang legar terdapat sesi autograf bersama-sama pemandu Mercedes Petronas iaitu Michael Schumacher.

[Che Zan di ruang legar Mall Area]

12.30 pm : Kami berjalan kaki mendapatkan bus kerana tempat untuk saya dan teman-teman dari UNITEN terletak di Gate F. Justeru, saya dan 2 teman saya pergi mendapatkan bus shuttle RapidKL yang beroperasi secara percuma.

12.45 pm : Tiba di Gate F. Suasana kian rancak, terdapat booth Lotus, Penzoil, dan Motortrader di luar Gate F. Sementara menunggu teman-teman yang lain kami duduk tunggu di luar Gate F sambil sembang-sembang kosong.

2. 45 pm : Kami check-in di kauter dan masuk secara berkumpulan. Sejurus tiba, saya dan teman-teman yang beragama Islam pergi menunaikan solat fardhu Zohor yang terletak di situ. Lepas solat, rasa kering tekak akibat cuaca yang panas. 2 tin air 100 Plus berharga RM 10. Makanan luar tidak dibenarkan masuk.

3.00 pm : Acara berprestij bermula dengan persembahan udara oleh pesawat pejuang TUDM dengan pelbagai formasi yang menarik.
4.00 pm : Perlumbaan bermula. Malangnya, Schumacher terkeluar setelah melakukan beberapa pusingan akibat masalah teknikal. Pujian diberi kepada pasukan Formula 1 negara.
Bila masuk waktu Asar tu, saya turun ke surau untuk solat.

5.15 pm : Perlumbaan tamat dengan dijuarai oleh pasukan Red Bull.

6.00 pm : Bergegas keluar dari litar untuk mendapatkan bus. Malangnya, bukan saya seorang disitu. Beribu-ribu orang di situ. Terpaksalah saya dan kawan-kawan bertoleransi sehinggalah kami dapat juga naik shuttle bus pada pukul 7.00 pm.

7.30 pm : Tiba di parkir bus. Kami menaiki bus khas ke tempat letak kereta khas di KLIA. Kesesakan yang amat teruk. Terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya mengawal keadaan lalu lintas dari awal sehinggalah Formula 1 di SIC tamat.

8.00 pm : Tiba di kereta. Weng Fei singgah di Shell, KLIA. Saya pergi solat Maghrib di surau sementara Weng Fei dan Zhao An berehat dan makan roti dalam kereta.

9.30 pm : Alhamdulillah, kami di UNITEN. Kenangan yang cukup indah dalam hidup saya.

p/s : Gambar-gambar yang lain saya telah upload dalam Facebook saya.





2 comments:

hans said...

wow
tgok dekat SEPANG tu

Mohamad Fauzan Bin Mat Isa said...

Alhamdulillah...rezeki tu...