Thursday, April 22, 2010

Proton Perdana


Proton merupakan GLC (Government Link Company) yang menyokong dan memperkukuhkan secktor automotif negara. Pelbagai model telah diperkenalkan sejak awal penubuhannya. Model-model yang diperkenalkan Proton seperti Saga, Wira, Waja, Chancellor, Savvy, Exora, Gen 2, Satria, Pesona, dan Perdana. Kereta nasional ini gagah meluncur di jalan-jalanraya setanding dengan pesaing-pesaingnya.


Dalam penulisan blog kali ini, saya ingin mengupas berkenaan model kereta nasional segmen premium iaitu Proton Perdana. Mengapa saya mengatakan ia sebagai segmen premium?
Secara peribadinya, saya melihat Proton Perdana merupakan kereta yang serba lengkap dengan kehendak pengguna dan mempunyai ciri-ciri elegant.

Proton Perdana dibina berasaskan kejuruteraan versi Mitsubishi Eterna Generasi ke-7. Coretan sejarah Proton Perdana bermula dengan pengenalan model Proton Perdana Sei. Model ini dikeluarkan dari tahun 1995 sehingga 1998. Generasi pertama ini merupakan model Proton pertama yang mempunyai Anti-Lock Breaking Systems (ABS) dan Cruise Control. Meskipun dibina berdasarkan kejuruteraan versi Mitsubishi Eterna namun Proton Perdana menampilkan beberapa kelainan bagi bagi luar dan dalam kereta.


Menjelang tahun 1999, Proton mengeluarkan model Perdana baru yang dikenali sebagai Proton Perdana V6. Proton Perdana V6 ini juga menggunakan enjin 2.0L V6 (Kejuruteraan Mitsubishi). Dilengkapi dengan 16' sports rim, Proton Perdana ini memberi cengkaman yang kuat semasa membuat selekoh disamping memberi peningkatan dalam kawalan cruise-nya.


Dalam memastikan keselesaan dan kualiti kepada penggunanya, Proton telah melakukan beberapa perubahan terhadap Proton Perdana V6 pada tahun 2003. Bahagian luar atau exterior Perdana ditukar dengan rekaan baru. Bentuk bahagian depan yang diubahsuai seolah-olah seperti grill Alfa Romeo. Bahagian bumper juga diperbaharui. Tambahan pula, Proton juga turun memperkenalkan variasi mewah Perdana V6 yang mempunyai ekstra panjang dibahagian pintu belakang 25 cm atau 10 inci berbading Perdana V6 biasa. Model ini dikenali Proton Perdana V6 Executive. Model Perdana V6 ini pernah diuji di Britain menerusi majalah Top Gear pada tahun 1999. Mengikut sumber yang diperolehi, Perdana V6 ini tidak dieksport ke Eropah.

[Gambar di atas; Proton Perdana V6 1999-2002]


[Gambar di atas; Proton Perdana V6 2003-sekarang]

Proton Perdana V6 merupakan lambang kemajuan dalam industri automotif nasional. Perdana V6 telah dijadikan sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Proton Perdana V6 Executive telah digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi pemimpin-pemimpin negara di Malaysia termasuk Perdana Menteri Malaysia sendiri.





5 comments:

farhana said...

wow hepyy befday abg zan, walaupon lmbt skit =)

Mohamad Fauzan Bin Mat Isa said...

Terima kasih ana :)

mr paktam said...

aku bangga menjadi salah sorang pemilik perdana he..

uzai said...

saya tgh merancang untuk membeli perdana alfa...apa pandangan sahabat...

uzai said...

saya tgh merancang untuk membeli perdana alfa...apa pandangan sahabat...