Tuesday, May 11, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO ke-64



Tarikh keramat 11 Mei 2010 genaplah usia 64 tahun penubuhan UMNO sejak tahun 1946. Pelbagai kisah dan teladan dirungkai dalam bait-bait perjalanan UMNO.
Pemimpin yang silih berganti mewarnai rentak perjuangan UMNO.

KINI

UMNO atau United Malays National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu mempunyai bilangan ahli yang berdaftar sebanyak 3 juta lebih menggambarkan manifestasi sokongan yang jitu terhadap momentum perjuangan UMNO sejak awal penubuhannya menentang Malayan Union pada 22 Januari 1946.


Titik-titik perjalanan UMNO bermula dengan cadangan Dato' Onn Jaafar mencadangkan UMNO ketika itu dengan nama "Pertubuhan Melayu Bersatu" atau "United Malays Organisation". Bagaimanapun, Tuan Zaaba mecadangkan agar diletakkan 'kebangsaan' atau 'national' selepas perkataan 'Pertubuhan'. Justeru, secara sebulat suara bersetuju dengan nama "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu" (PEKEMBAR) atau "United Malays National Organisation" (UMNO).

[Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak]


Moga dengan perayaan ulangtahun UMNO ke-64 tahun ini dapat membawa aspirasi baru dalam membela

A G A M A

B A N G S A

N E G A RA



Tahniah!!!

0 comments: