Tuesday, July 27, 2010

UMNO-Pas wajar bersatu


Sudah lama tidak menulis dalam ruangan blog saya. Rutin saya semakin hari, semakin sibuk. Itulah lumrah manusia. Tidak pernah lari dari 'SIBUK'.

Kiranya saya ingin menulis berkenaan politik bagi coretan blog kali ini. Meskipun sebagai mahasiswa, saya berhak untuk menyuarakan pandangan TETAPI masih ada batasan yang perlu dipatuhi.


Secara ringkasnya, perkembangan politik kini menampakkan isu perpaduan UMNO-Pas kembali hangat berputar di telinga rakyat kini. Sebenanrnya, penyatuan ini memang merupakan idea yang bernas tatkala bangsa Melayu mengalami dilemma dalam perkembangan politik semasa.




Penyatuan atau Perpaduan antara UMNO-Pas mendatangkan banyak kebaikan. Bak kata pepatah Melayu, "Buang yang keruh, ambil yang jernih". Sejarah telah mencatat bahawa UMNO dan Pas pernah bersatu ketika dulu. Tidak mustahil UMNO-Pas dapat bersatu semula demi

AGAMA

BANGSA

NEGARA

Penyatuan ini tidak harus dilihat sebagai keuntungan politik semata-mata sebaliknya dilihat sebagai pemangkin ke arah kekuatan agama, bangsa, dan negara.
Segala sengketa harus diketepikan, lembaran baru harus dibuka.
Ini dapat merealisasikan sebuah negara yang bersatu dalam erti kata lain sebagai aspirasi menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.


".....Konklusinya, luahan dan pendapat ini merupakan pandangan peribadi saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam. Tidak ada sebarang kepentingan dalam mana-mana pihak. Justeru, fikir secara rasional agar perkara ini dapat direalisasikan....."



0 comments: