Tuesday, August 31, 2010

Merdeka



SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-53
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI


Menghargai setiap detik nikmat kemerdekaan yang diberi kepada kita.
Sesungguhnya, pengorbanan pahlawan-pahlawan yang berjuang demi tanah air harus dihargai.
JASAMU TETAP DIKENANG.


Marilah mencetus transformasi ke arah memperkasakan integrasi nasional ke arah pembentukan sebuah negara MAJU menjelang 2020.

Monday, August 30, 2010

Jom Berbuka Puasa


Menjelang bulan Ramadhan, banyak hotel dan restoran menyediakan juadah untuk berbuka puasa yang beraneka citarasa. Ketika inilah, orang ramai akan berpusu-pusu berkunjung dan mencuba setiap jenis menu yang disediakan.

Daripada buffet dengan kadar harga yang murah sehinggalah ke harga premium
namun juadah yang disediakan tetap menyelerakan.
Yang penting, ianya HALAL :)

Sempena HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53 yang kita bakal sambut besok harinya
iaitu 31 Ogos 2010,
saya berkesempatan untuk berbuka buka puasa
di Penang Village, Alamanda Putrajaya
bersama-sama adik saya, Mohammad Faizal Mat Isa.


Menu yang disediakan cukup menarik daripada masakan Melayu, masakan Cina, Thai, dan Barat. Harganya amat berpatutan.
Suasana agak meriah seolah-olah seperti kenduri.

Sebagai rakyat negara ini, kita harus bersyukur
kerana dapat menikmati beraneka juadah makanan.
Inilah dikatakan nikmat sebuah kemerdekaan dan kita wajar hargainya:)



Setelah selesai menjamah juadah berbuka puasa, kami menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di surau.


Kemudian berehat sekejap di Starbucks sambil bermain catur :)


Thursday, August 26, 2010

IFTAR with KJ

Syukur kepada Allah kerana kita sudah 16 hari berpuasa.
Semoga setiap amal yang dilakukan kita semua diberkati oleh Allah S.W.T.

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini,
banyak majlis berbuka puasa dianjurkan oleh pelbagai pihak.
Majlis seperti ini dapat mengeratkan pertalian silaturahim sesama umat Islam.

Disini saya ingin berkongsi bingkisan berkenaan
Majlis Berbuka Puasa bersama Y.B. Khairy Jamaluddin
anjuran KJFC.


Majlis tersebut diadakan di Lodge Paradize, Jalan Sultan Ismail, KUALA LUMPUR.


Program Iftar tersebut bermula dari jam 5.30pm sehingga 10.30pm.

[Faizal bersama-sama saya]


[Suasana sebelum berbuka]



Saya ucapkan terima kasih kepada pihak KJFC kerana sudi menjemput saya ke majlis tersebut.
Semoga majlis seperti dapat diteruskan.


SYABAS!!!