Monday, August 30, 2010

Jom Berbuka Puasa


Menjelang bulan Ramadhan, banyak hotel dan restoran menyediakan juadah untuk berbuka puasa yang beraneka citarasa. Ketika inilah, orang ramai akan berpusu-pusu berkunjung dan mencuba setiap jenis menu yang disediakan.

Daripada buffet dengan kadar harga yang murah sehinggalah ke harga premium
namun juadah yang disediakan tetap menyelerakan.
Yang penting, ianya HALAL :)

Sempena HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53 yang kita bakal sambut besok harinya
iaitu 31 Ogos 2010,
saya berkesempatan untuk berbuka buka puasa
di Penang Village, Alamanda Putrajaya
bersama-sama adik saya, Mohammad Faizal Mat Isa.


Menu yang disediakan cukup menarik daripada masakan Melayu, masakan Cina, Thai, dan Barat. Harganya amat berpatutan.
Suasana agak meriah seolah-olah seperti kenduri.

Sebagai rakyat negara ini, kita harus bersyukur
kerana dapat menikmati beraneka juadah makanan.
Inilah dikatakan nikmat sebuah kemerdekaan dan kita wajar hargainya:)



Setelah selesai menjamah juadah berbuka puasa, kami menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di surau.


Kemudian berehat sekejap di Starbucks sambil bermain catur :)


0 comments: