Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri


1 Syawal bakal menjelma,

Saya MOHAMAD FAUZAN BIN MAT ISA mewakili diri saya serta keluarga ingin mengucapakan

Selamat Hari Raya Aidilfitiri

Maaf Zahir dan Batin diatas segala keterlanjuran bicara serta perbuatan.

Gunakan kesempatan Syawal ini untuk mengeratkan pertalian silaturahim sesama kita disamping mensyukuri setiap nikmat kurnian daripada Allah S.W.T.
Tambahan pula, jangan kita kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Hulurkan bantuan supaya meringankan bebanan mereka di pagi Syawal.


Kenangan Sepanjang Bulan Ramadhan

"Masa itu ibarat roda"

Putaran masa makin cepat.
Sedar-sedar kita menghampiri hari terakhir dalam bulan Ramadhan.
Semoga madrasah Ramadhan yang kita hadiri ini dapat membuka lembaran baru dalam kehidupan kita.
Pelbagai bingkisan pahit dan manis mengukiri perjalanan kita sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Sayu dan sebak bila mengenangnya. Sebagai insan, kita perlu redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Pemergian 'Tok Ayah' saya pada awal bulan Ramadhan tahun ini menyentuh perasaan saya sebagai salah seorang daripada cucunya. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya, setiap yang lahir di dunia ini mesti akan pergi meninggalkan dunia ini kerana dunia ini hanya persinggahan sementara.
Justeru, kita perlu menerima qada' dan qadar yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T.


Pesanan 'Tok Ayah' akan saya pegang dan ingati sehinggalah akhir hayat saya.


Bulan Ramadhan kali ini memberi banyak ruang untuk saya berbuka puasa bersama-sama keluarga dan teman-teman. Disamping itu, saya berpeluang solat sunat taraweh berjemaah dengan keluarga. Syukur kepada Allah. Pelbagai nikmat yang Allah kurniakan dalam meningkatkan 'halawatul iman' kita.

[Berbuka puasa bersama-sama teman di Kenny Rogers Alor Setar]


[Berbuka Puasa bersama-sama teman di Pizza Hut Jitra]



[Berbuka Puasa Bersama-sama Adik, Mohammad Faizal di Penang Village Alamanda]


[Iftar bersama-sama YB Khairy Jamaluddin]