Tuesday, October 19, 2010

Perhimpunan Agung UMNO 2010



Sedikit coretan tentang politik tanah air yang ingin saya kongsikan disini.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang akan bermula
19 Oktober sehingga 23 Oktober 2010
bakal menyaksikan keseluruhan ahli-ahli UMNO berkumpul di
Pusat Dagangan Dunia Putra atau Putra World Trade Center (PWTC).


Perhimpunan seperti ini mengimbau kenangan pada awal penubuhannya dimana ketika itu seluruh orang Melayu berhimpun mengemukakan usul bantahan terhadap Malayan Union dan usul mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu ketika itu.

Meskipun peredaran zaman sudah berubah, namun semangat juang yang tinggi harus ada.
Sikap kronisme perlu dikikis. Tambahan pula, agenda UMNO kini perlu dilihat dalam skop yang lebih luas. Keseluruhan ahli UMNO perlu memahami setiap dasar yang diatur oleh kerajaan seperti NKRA, Program Transformasi Kerajaan dan sebagainya.
Ini disebabkan hala tuju negara kini sudah menghampiri aspirasi nasional iaitu Wawasan 2020.

Tanpa tulang belakang yang kukuh, segala bakal terkubur.

Justeru, permuafakatan dan penerimaan satu-satu agenda haruslah bersama.

Forum antarabangsa bertema
'Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru'
akan diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail PWTC.
Forum ini akan berlansung sebelum Perhimpunan Agung UMNO bermula. Ianya bakal dirasmikan oleh
Timbalan Presiden UMNO, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi Isnin


dan disusuli ucaptama oleh
mantan Perdana Menteri Y.A.Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Friday, October 8, 2010

Berakhirnya Syawal 1431 Hijrah



Masa pantas berputar sepertimana berputarnya roda.

Syawal 1431 kian melabuh tirainya untuk pertemuan kali ini.
Semoga kita dipertemukan dalam Syawal akan datang
Insyaallah.

Syawal tahun ini berlalu dengan undangan rumah terbuka Aidilfitri daripada pelbagai pihak.
Terima Kasih atas undangan semua.
Jika ada yang tidak berpeluang saya hadiri, mohon kemaafan dipinta kerana kemungkinan ada urusan untuk diselesaikan.

Budaya 'Rumah Terbuka' amat sinonim dengan masyarakat kita kini. Budaya ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.

Bak kata pepatah Melayu,
Yang Jauh Kita Dekat-dekatkan...
Yang Dekat Kita Mesra-mesrakan...

Praktikalnya,
'Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih'

Usahlah kita memendam segala rasa dihati bukan hanya di bulan Syawal sahaja,
sebaliknya sepanjang hayat kita.



Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Kediaman Rasmi TPM, Putrajaya

[Che Zan bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Malaysia]


[Faizal]




Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakkan Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO Malaysia
di PWTC, Kuala Lumpur




[Aiman]

Maaf Zahir dan Batin: CheZan



Sunday, October 3, 2010

Semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad cepat sembuh



Hari ini seluruh negara menerima khabar berita daripada Melbourne, Australia bahawa
mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke wad di Hospital Epworth Melbourne.

Beliau dimasukkan ke sana akibat jangkitan kuman di dada.
Dr. Mahathir berada di Melbourne sejak Khamis untuk berucapa di seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne pada hari Sabtu.


Memetik daripada sumber Bernama, Dr. Mahathir bakal berkongsi pandangan beliau berkenaan "Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?".


Saya dan keluarga mendoakan agar Tun dapat sembuh dan terus memperjuangkan agenda memartabatkan agama, bangsa, dan negara.