Test Blog (Header)

Friday, November 5, 2010

Perkembangan Terbaru Banjir Di Kedah


Hampir seminggu masa berlalu namun peristiwa bah besar di
Utara Semenanjung Malaysia kian membimbangkan terutama di Kedah dan Perlis.
Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kedah meningkat kepada 39,512 orang pagi tadi berbanding 32,990 orang pada malam semalam.
Walaubagaimanapun, semakin ramai mangsa banjir di Daerah Padang Terap dibenarkan pulang berikutan air banjir kian surut di daerah tersebut.

Tambahan pula, hampir keseluruhan kawasan Bandaraya Alor Setar ditenggelami air termasuklah jalan raya dan bangunan-bangunan kerajaan.
Disamping itu, semakin banyak kawasan taman perumahan menghadapi gangguan bekalan air bersih.
Sementara itu, peristiwa bah besar ini mengakibatkan tempat-tempat berlakunya banjir terputus bekalan makanan.
Antara bangunan yang ditenggelami banjir di Bandaraya Alor Setar adalah Ibu Pejabat Polis Kontijen Kedah dan Pejabat BERNAMA Biro Kedah.

[SMK Dato' Syed Omar, Alor Setar dekat Jalan Sultanah yang turut ditenggelami air]

[Pemandangan atas kawasan Pantai Johor, Alor Setar daripada Kedah Medical Center]

[Pekan Kuala Sungai, Kubang Rotan]

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mewujudkan 54 pasukan perkhidmatan perubatan untuk ditempatkan di semua pusat pemindahan banjir di negeri yang dilanda banjir. Menurut Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa pasukan itu diwujudkan berikutan banjir besar khususnya di Kedah, selain Kelantan dan Perlis semakin berlarutan dan bilangan mangsa banjir yang dijangka bertambah.


[Menteri Besar Kedah Darul Aman, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan melawat pusat pemindahan banjir]


[Sepakat membantu membela nasib mangsa-mangsa banjir]


[YB Khairy Jamaluddin ketika meninjau kawasan banjir di Pokok Sena]

[YB Khairy Jamaluddin menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Kubang Pasu]



BILIK GERAKAN NEGERI KEDAH
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH
ARAS 2, BLOK B, WISMA DARUL AMAN
05503 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

TEL : 04 774 4221
FAKS : 04 774 4173 , 730 2246 , 774 4243
SMS : Sila taipkan KEDAH BANJIR
(info/tanya/aduan) dan hantar ke 15888

No comments:

Advertisement

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails