Thursday, November 4, 2010

Siti Nurhaliza


Namanya cukup gah dipersada seni tanah air.
Bagaikan auranya tidak pernah pudar meskipun makin ramai bakat-bakat baru muncul.
Individu yang dimaksudkan adalah
Dato' Siti Nurhaliza Binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP.


Beliau dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Berek Polis Kg. Awah, Temerloh, Pahang.
Beliau merupakan anak keempat daripada lapan adik-beradik.

Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh.
Disinilah titik permulaan bakat beliau dalam nyanyi menyerlah ketika berusia enam tahun ketika mempersembahkan lagu tradisional iaitu 'Sirih Pinang'.
Kemudian, beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford. Sejurus kemudian beliau menyambung pendidikan menengah beliau di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.


Meniti perjalanan seninya, Dato' Siti Nurhaliza pada usia 16 tahun menyertai
Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995.
Pada ketika itu beliau telah bertemu dengan komposer terkenal tanah air, Adnan Abu Hassan. Saudara Adnan telah membimbing dan membantunya memperhalusi prestasi vokal sehinggalah Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan tersebut.
Justeru, kemenangan itu menjadi titik tolak permulaan beliau sebagai anak seni.
Beliau telah menerima kontrak daripada Suria Records setelah menolak beberapa tawaran seperti daripada Sony Music, BMG Music, dan Warner Music.

Pada 1996, Suria Records telah mengeluarkan album pertama Siti Nurhaliza berjudul Siti Nurhaliza. Ketika penghasilan album pertama beliau, Siti perlu mengimbangi kerja album tersbut dengan persediaan beliau menghadapi SPM. Walaubagaimanapun, album sulung berjaya mendapat tempat dihati peminat-peminat di tanah air.

Siti Nurhaliza telah mencetus satu fenomena seni tanah air ketika itu.
Beliau berjaya membawa pelbagai genre lagu sehingga menjadi lagu hit seperti dari genre pop, R&B, dan tradisional.
Tambahan pula, beliau bukan sekadar terkenal di Malaysia bahkan di Singapura, Brunei, dan Indonesia.
Tanggal 12 Januari 1998, Siti Nurhaliza secara rasminya membuka Siti Nurhaliza Production Sdn. Bhd. bagi menguruskan segala aktiviti beliau dengan lebih sistematik.


Dato' Siti Nurhaliza telah menerima anugerah luar negara pertamanya ketika bertanding di Shanghai Music Festival 1999 di China (Anugerah Emas).

Sementara itu, beliau merupakan artis bukan Cina pertama dijemput membuat persembahan di Majlis Golden Melody Awards ke-15 pada tahun 2004.

Beliau telah mempersembahan secara solo serta berduet dengan Leehom Wang dengan lagu klasik "Yue liang dai biao wo de xin" (Bulan lambang hatiku, nyanyian asal Teresa Teng).

Sebanyak 100 lebih anugerah tempatan dan antarabangsa yang diraihnya termasuk gelaran

The Voice of Asia oleh Alicia Keys

dalam Majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand.


Kemuncak kejayaan Siti Nurhaliza adalah apabila beliau mengadakan konsert solo di

Royal Albert Hall, London pada bulan April 2005.

Akhbar British menggelarnya sebagai

'Asia's Celline Dion' berdasarkan kemantapan vokal serta persembahan yang berkualiti.


Dato' Siti Nurhaliza merupakan usahawanita yang berjaya.

Beliau telah mengeluarkan produk kecantikkannya sendiri iaitu Simply Siti.

Beliau merupakan artis terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan mencecah RM50 juta.


Pada 17 Julai 2006, Dato' Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman ketika sidang akhbar khas bahawa beliau telah menerima lamaran daripada Dato' Khalid Mohamad Jiwa.



Majlis pertunangan dan akad nikah telah berlangsung pada 21 Ogos 2006.

Majlis resepsi pertama bagi perkahwinan beliau telah diadakan secara gilang-gemilang di

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Convention Center (KLCC)



pada 28 Ogos 2006 disaksikan secara langsung oleh 6.307 juta penonton di seluruh tanah air.

Manakalah, majlis kedua telah diadakan pada 3 September 2006 di Kuala Lipis, Pahang.



Pada 24 Oktober 2006, Siti Nurhaliza telah dianugerahkan 'Darjah Indera Mahkota Pahang' oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang membawa gelaran Dato'.


Disamping itu, Siti Nurhaliza juga turut memeriahkan acara 'Red Carpet' di

Anugerah Grammy yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles pada 11 Februari 2007.



Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan berjalan

di atas 'Red Carpet' atau permaidani merah di Anugerah Grammy tersebut.


Kini, Dato' Siti Nurhaliza merupakan seorang ikon yang seringkali muncul dalam filem mahupun iklan.

Selain itu, beliau merupakan seorang yang budiman dan tidak lokek memberi sumbangan seperti memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Johor dan Pahang menerusi yayasan beliau dan suaminya sendiri iaitu Yayasan Nur Jiwa (Nur Jiwa Foundation).


[Raub, Pahang - Dato' Khalid dan Dato' Siti Nurhaliza menyerahkan sumbangan dari Yayasan Nur Jiwa kepada Ketua Kampung Kuala Semantan, Ahmad Mat Ayat di pusat pemindahan banjir Masjid Kuala Semantan]


All da best Dato' Siti!!! from CheZan


0 comments: