Saturday, January 29, 2011

Dato' Siti Nurhaliza : Duta Besar Masyarakat Melayu?

Diva Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melayani soalan-soalan wartawan pada sidang akhbar di Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) di Hotel Hyatt Regency Bandung, Indonesia, pada Jumaat. Pada seminar itu Siti Nurhaliza turut dicadangkan oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) untuk menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu Nusantara. - Foto BERNAMA

Dewasa ini, hubungan antara Malaysia-Indonesia agak dingin. Suasana sebegini sedikit sebanyak telah merenggang keakraban dua buah negara serumpun.
Justeru, Dato' Siti Nurhaliza telah dicadangkan sebagai Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengeratkan hubungan rakyat di negara-negara nusantara.

Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswamin) mencadangkan pelantikan tersebut berdasarkan penerimaan masyarakat terhadap Dato' Siti Nurhaliza.

"Lebih baik gelar itu datang dari masyarakat, lebih baik beliau diterima masyarakat, kerana gelar itu akan menjadi abadi," kata Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid ketika ditemui Bernama.

Saiful Hadi, yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia, Antara, sebelum itu menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.

Seminar sehari itu, yang dianjurkan oleh Iswami, dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

0 comments: