Monday, January 3, 2011

KJ mahu mengundur diri dari politik?



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membayangkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu disuarakan di laman Twitternya berbunyi "Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN (Barisan Nasional) pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar."

"Saya ingin ‘menarik diri’ seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat."

Beliau bagaimanapun tidak menjawab mengenai tempoh ‘rehat'nya dari politik.

"Belum tahu (tempoh masa). Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran," katanya.


YB Khairy Jamalludin telah memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan undi sebanyak 26,525 mengalahkan Badrul Hisham Shaharin (PKR) sebelum mengumumkan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

0 comments: