Friday, February 25, 2011

Chef Wan



Chef Wan merupakan seorang ikon yang tidak asing lagi dalam bidang masakan tempatan bahkan antarabangsa. Chef Wan atau Datuk Redzuawan Bin Ismail bukan sahaja seorang Chef Professional, tetapi beliau juga seorang pengacara TV, penghibur, dan penulis.

Perjalanan kerjaya Chef Wan bermula sebagai seorang akauntan. Beliau pernah menyatakan bahawa setelah melihat 'popularity' dalam kepelbagaian masakan orang-orang Asia di negara-negara Barat maka beliau berhasrat untuk mempromosikan Malaysia dan negara-negara ASEAN menerusi bidang masakan.

Antara rancangan masakan sejak awal pembabitan beliau dalam kerjaya masakan adalah The Kuali Cook Show, Chef Wan, dan yang terkini Citarasa Sedunia Bersama Gas Petronas.


Rancangan masakan Chef Wan bukan sahaja di kaca televisyen tempatan bahkan antarabangsa seperti A Taste of Australia with Chef Wan (Australian ABC Networks), Market Kitchen (UK Food Network), Flavours of the World (TV4, Sweden), dan banyak lagi.

Beliau mempunyai Associate Degree dalam Professional Chef Training and Hotel Management dari California Culinary Academy dan Ritz Escoffeir Diploma daripada Ritz Hotel.
Dewasa ini, Chef Wan merupakan Malaysia Airlines (MAS) Holiday Travel Icon Ambassador. Sebagai seorang Duta Ikon kepada MAS Travel, Chef Wan membawa seluruh peminat-peminatnya ke dalam satu siri realiti baru di mana mereka akan menjelajah dunia dan citarasa makanan yang pelbagai.

[Chef Wan di Istana Negara]

Chef Wan telah dianugerahkan gelaran 'Datuk' oleh Yang Di-Pertuan Agong pada Februari 2010. Ini disusuli pelantikan beliau sebagai 'Duta Kulinari' atau 'Culinary Ambassador' oleh Tourism Malaysia pada November 2010.

[Chef Wan bersama anak-anaknya iaitu Serina dan Muhammad Nazri]

Chef Wan telah menerima anugerah The Best Celebrity Television Chef bagi Gourmand World Cookbook Awards pada tahun 2009.


Tahniah Datuk Redzuawan Bin Ismail!
Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.




0 comments: