Tuesday, February 15, 2011

Jejak TEMAN



Sebenarnya, kita semua hanya merancang segalanya namun realitinya belum pasti lagi menjadi kenyataan. Penulisan blog kali ini rasanya agak santai kerana saya tidak mahu membebankan minda saya dengan penulisan yang agak berat untuk dikongsi.

Pada 12 Ferbruari 2011 (Sabtu), saya diberi kesempatan untuk bertemu dengan teman-teman seperjuangan sejak dari bangku sekolah lagi. Alangkah gembiranya jika dapat bertemu dan bersembang dan berkongsi kisah masing-masing disamping gelak tawa mengiringi perbualan kami.


Jejak TEMAN? apa itu sebenarnya?
Umumnya, saya nak simpulkan secara ringkasnya adalah pertemuan yang bertujuan merapatkan ukhwah teman-teman seperjuangan. Dalam memastikan pertemuan tersebut bukan sekadar pertemuan yang 'kosong', beberapa aktiviti dirancang untuk dilakukan.

Sedikit bingkisan tentang apa yang dilakukan:
Sebenarnya, saya dan teman-teman bertemu di Mid Valley Megamall pada awal pagi Sabtu. Antara pengisian yang dilakukan, tidak lain tidak bukan adalah 'shopping' atau membeli-belah.
Walaubagaimanapun, santai atau lepak tetap menjadi pilihan kami terutamanya di Starbucks Coffee dan Coffee Beans.




Malamnya, kami makan malam bersama-sama di Restoran Barra, Shah Alam meskipun pada awalnya ingin makan Nasi Kandar di Restoran Pelita. Masa berlalu begitu pantas tatkala bulan kian tinggi di malam hari, kami beransur ke i-City Shah Alam. Sekadar melihat kerdipan lampu-lampu bersinar mewarni malam minggu.


Bagi penutup jejak kami bersama, Uptown Shah Alam lokasi terakhir untuk membeli-belah.
Saya ucapkan TERIMA KASIH kepada

Aiman, Mokhzani, Akmal, Farid, Faizal (adik saya)

kerana sudi meluangkan masa hujung minggu bersama-sama daripada siang sehingga larut malam.

Insyaallah, jika ada ruang semoga kita bertemu lagi.

Bak kata pepatah Melayu, "Air yang dicincang takkan putus".

1 comments:

rose lyza said...

salam pak cik..
seyes lama sgt x jumpa hampa..
rndu weh.....