Friday, February 25, 2011

Pak Lah



Pak Lah merupakan nama panggilan beliau baik semasa kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-5 mahupun selepas persaraan beliau. Pak Lah atau Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia Ke-5. Sebagai seorang penulis blog, saya ingin berkongsi disini biografi Pak Lah sebagai salah seorang pemimpin yang berjasa pada tanah air tercinta, Malaysia.

[Pak Lah ketika zaman kanak-kanak]

Pak Lah telah dilahir di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Anak jati Pulau Mutiara ini telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajan dan kemudiannya di Penang Methadist Boys School, Pulau Pinang.

[Pak Lah duduk tiga dari kiri ketika menuntut di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, 1957]
Pak Lah telah menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya (UM) pada tahun 1964.

Pak Lah telah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam.

[Gambar anggota Mageran - Pak Lah berdiri kiri sekali]

Ketika rusuhan kaum pada Mei 1969, Abdullah telah dipindahkan ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara ketika itu. Kemudian, beliau dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah di Kementerian Kebudayaan, Belia, dan Sukan. Pada 1974, beliau diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha di kementerian yang sama.


Pada 1965, Pak Lah telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Endon Binti Dato' Mahmood dan dikurniakan dua orang cahaya mata dan empat cucu. Namun, Datin Seri Endon telah meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 akibat barah yang dihadapinya. Selepas 2 tahun pemergiaan Allahyarhamah Datin Seri Endon, Tun Abdullah telah berkahwin dengan Tun Jeane Abdullah pada 9 Jun 2007.

[Tun Abdullah dan Tun Jeane ketika hari pernikahan mereka]

[Keluarga Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan Tun Jeane Abdullah]

Perjalanan politik Pak Lah bermula pada tahun 1964 di mana ketika itu beliau menyertai UMNO. Karier beliau dalam politik kian cerah apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas pada 1974. Ayahanda beliau pernah menjadi ahli parlimen kawasan berkenaan. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 1981 dan beliau telah beberapa kali dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO iaitu pada tahun 1984, 1987, 1990, dan 1996. Pada tahun 2000, Pak Lah telah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO 2000.


Semasa krisis UMNO tercetus, UMNO telah dipisahkan kepada dua kem iaitu satu kumpulan yang menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir (Team A) manakala satu kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam (Team B). Setelah pemilihan UMNO dibuat, team A telah menang. Akibatnya, tertubuhnya Parti Semangat 46. Ketika itu, wujud pertikaian tentang kedudukan Parti UMNO sebagai sebuah parti yang sah. Maka Tun Ghaffar yang ketika itu Timbalan Presiden UMNO telah ditugaskan untuk mendaftarkan semula UMNO. Pak Lah ketika itu menyokong kuat Tun Musa Hitam yang menyebabkan Pak Lah dipecat sebagai Menteri Pertahanan ketika itu. Walaubagaimanapun, Pak Lah telah dilantik semula menganggotai kabinet pada 1991 dengan memegang portfolio Menteri Luar Negeri sehingga 1999.
Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menjadi TPM Malaysia, Pak Lah juga turut
menggalas portfolio Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri.


Pada 31 Oktober 2003, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketika menjadi Perdana Menteri, Pak Lah turut bertindak
sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.


Pada kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah telah menekan penghapusan terhadapa gejala rasuah di Malaysia dengan memberi ruang dan kuasa kepada agensi pencegah rasuah.


Tambahan pula, beberapa kes berprofil tinggi di bawa
ke mahkamah yang membabitkan tuduhan rasuah.
Selain itu, beliau telah memperkenalkan Islam Hadhari.
Pak Lah juga telah memperkasakan semula sektor pertanian negara. Tambahan pula, Pak Lah telah menjawat jawatan Pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Pada 2005, beliau dilantik sebagai Pengerusi ASEAN.

Pilihanraya Umum Malaysia 2004 merupakan kejayaan cemerlang beliau apabilah Barisan Nasional (BN) telah menang besar dengan198 kerusi daripada 220 kerusi Parlimen. Disamping itu, Terengganu telah dimenangi oleh BN manakala Kelantan hampir tewas kepada BN pada pilihanraya tersebut.


Walaubagaimanapun, pada Pilihanraya Umum Malaysia 2008, BN gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan empat buah negeri jatuh kepada pembangkang iaitu Kedah, Kelantan, Selangor, dan Perak. Maka pada ketika itu timbul pelbagai reaksi sama ada daripada pemimpin sehinggalah rakyat biasa mempertikaikan kewibawaan kerajaan ketika itu. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyaran Tun Abdullah untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia akibat kekalah teruk BN dalam pilihanraya tersebut.


Justeru, pada Perhimpunan Agung tahun 2009, Pak Lah tidak lagi menawarkan diri sebagai calon Presiden UMNO. Ini disebabkan beliau ingin menyerah tugas Presiden UMNO kepada pengganti beliau, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak
sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6.


Semasa kepimpinan Pak Lah, beliau banyak menitik beratkan pembangunan modal insan sebagai aset terpenting dalam memacu pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Terima kasih Pak Lah atas sumbangan dan jasa kepada agama, bangsa, dan negara.







2 comments:

NorFa NFMD said...

paklah..^^

Anonymous said...

perdana menteri malaysia yg paling suka tido..patutla malaysia tak maju di bawah beliau