Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Assalamualaikum.
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNnya
kita diberi peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.
Sesungguhnya, sebagai hamba kita harus bersyukur dengan nikmat ini.

Dalam ruang yang ada ini, saya ingin mengucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



Puasa dapat didefinasikan dalam bahasa sebagai menahan diri.
Walaubagaimanapun, dari segi istilah syara' Puasa membawa maksud menahan diri daripada makan atau minum serta dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa
mulai terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Justeru, saya mengingatkan diri saya sendiri yang serba kekurangan ini serta teman sekalian agar kita bersama-sama memperlipat ganda kan amal ibadah kita
sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Sementara itu, marilah kita memupuk nilai-nilai murni dalam diri kita serta
mengeratkan ikatan silaturahim sesama kita.

Saya memohon maaf jika ada terkasar atau tersalah bicara dan laku kepada teman-teman.
Semoga Ramadhan tahun ini memberi rahmat dan
dapat meningkat ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Wednesday, July 27, 2011

BN Youth Home Ownership Programme Expo


To all who are looking to buy your first home,
from 29 - 31 July 2011 BN Youth presents
the Home Ownership Programme Expo

10am-7pm
at Tun Razak Hall 4 in PWTC, KL.


There are workshops on buying your first home, banks and legal advisors there to assist as well.

So book it in your diary! :)

Tuesday, July 26, 2011

Kenduri Rakyat di Kedah bersama PM Khamis ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan makan tengah hari dengan duduk bersila bersama-sama rakyat Kedah, adalah antara program yang disusun sempena lawatan beliau ke negeri ini Khamis ini.

Acara makan tengah hari masakan kampung dalam Program Kenduri dijadual berlangsung di Padang Awam Guar Chempedak, yang dijangka dihadiri 10,000 orang.

Menurut pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah lawatan rasmi sehari Perdana Menteri itu bermula dengan lawatan ke Masjid Taman Wira Mergong pada sebelah pagi.

Masjid tersebut mendapat peruntukan kerajaan pusat untuk pembesarannya sebanyak RM1.2 juta.

Najib kemudian akan bertemu orang ramai di tapak Pasar Tani Taman Wira, berdekatan masjid tersebut dan bersarapan bersama mereka di gerai di pasar tani berkenaan, kata Ahmad Bashah.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) pula mengadakan pasar tani mega di Taman Wira, selama tiga hari berturut-turut mulai Rabu ini sempena sambutan ketibaan Ramadan, katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri akan menghadiri majlis bersama masyarakat Cina di Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut dan selepas itu menghadiri kenduri rakyat di Padang Awam Guar Chempedak.

"Semua hadirin akan duduk secara bersila bersama Perdana Menteri pada majlis jamuan ini. Pada majlis ini juga upacara menaikkan kain rentang gergasi Barisan Nasional (BN) akan dilakukan,” kata Ahmad Bashah.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menghadiri perjumpaan dengan 10,000 belia di Stadium Mini Pendang dan diikuti pertemuan dengan rakan facebook beliau di Hotel Holiday Villa, Alor Setar.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Najib akan menyertai jamuan makan malam bersama-sama 3,000 orang di Dewan Wawasan Jitra yang terbuka kepada orang ramai, katanya. - sumber daripada Bernama

Sunday, July 24, 2011

Qari dan Qariah Malaysia Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

[Qari, Amirrahman dan Qariah, Suraya bersama-sama piala kemenangan selepas diumumkan
Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-53 - gambar Berita Harian Online]

Malam semalam merupakan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran peringkat Antrabangsa kali ke-53. Majlis yang disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM 1,
menyaksikan qari, Amirrahman Abas dan qariah, Suraya Abu Hassan dari Malaysia
diumumkan sebagai Johan bagi Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke-53.


Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh
Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan
Timbalanya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.


Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke-53 itu berlangsung sejak 16 Julai 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra atau Putra World Trade Centre (PWTC).
Majlis tilawah kali ini bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
dimana melibatkan 81 orang peserta (50 qari dan 31 qariah)
dari 50 negara mengambil bahagian.


Thursday, July 21, 2011

Lat



The Kampung Boy mula diterbitkan pada 1979 telah mencetus revolusi dalam dunia kartun tanah air. Ianya menambat hati setiap pembaca. Setiap kartun yang dihasilkan oleh beliau berkisarkan sistem sosial masyarakat, dan politik. Meskipun kartun namun mesej yang disampaikan amat tersirat.

Lat atau nama penuhnya Datuk Mohammad Nor Khalid merupakan seorang kartunis yang berbakat besar. Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1951 di sebuah kampung iaitu Kota Bharu, Perak.
Beliau merupakan pemenang Hadiah Kebudayaan Asia Fukuoka pada tahun 2011. Sepanjang perjalanan beliau sebagai seorang kartunis, beliau telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun.

Buku pertama yang dihasilkan oleh beliau adalah 'Tiga Sekawan' yang berkisar mengenar tiga orang kawan bekerjasama menangkap perompak. Buku itu dicetak ketika beliau masih dibangku sekolah lagi iaitu darjah enam di Sekolah Rendah Jalan Pasir Putih, Ipoh.
Pada 1968, beliau dibayar RM25 untuk setiap lukisan dan mampu mengumpul sebanyak RM100 sebulan hasil kartun beliau itu.
Semasa di New Strait Times, Lat telah ditawarkan sebagai wartawan jenayah meskipun impiannya mahu bergelar seorang kartunis.
Walaubagaimanapun, impiannya menjadi realiti apabila
beliau menjadi kartunis di New StraitTimes pada 1974.
Kemudian, beliau bergiat sebagai pelukis bebas ketika meninggalkan NST.


'Kampung Boy' merupakan buku autobiografinya yang pertama diterbitkan pada 1979 dan berjaya dijual beribu-ribu salinan dalam tempoh tiga bulan.
Kampung Boy juga dicetak di Perancis oleh seorang kartunis Perancis.
Pada 2006, Kampung Boy dicetak di Amerika Syarikat dan ianya merupakan karya pertama beliau yang sampai di sana.

Selain itu, Lat juga turut menghasilkan sebuah buku 'Dr Who!' dimana ianya didedikasikan khas kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, YA.Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, YA.Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.


Karya "Kampung Boy" beliau telah dipentaskan di Istana Budaya (IB) iaitu Teater Muzikal LAT Kampung Boy dibawah arahan Hans Issac dan Harith Iskander (pengarah bersama). Antara pelakon yang terbabit dalam pementasan Lat Kampung Boy iaitu Awie (Lat), Atilia (Faizah - Isteri Lat), Jalil Hamid (Bapa Lat), Datuk Rahim Razali (Pak Samad), Douglas Lim (Franky - kawan baik Lat) dan Sandra (Mrs. Hu).




Lat merupakan abang kepada pengarah filem terkenal tanah air iaitu Mamat Khalid.




Air Asia telah mendekorasikan dua daripada pesawatnya dengan sentuhan karya Lat.

Diatas sumbangan beliau menghasilkan karya yang memupuk nilai-nilai murni dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat, pada 1994 beliau telah dikurnikan gelaran Datuk daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.


Tambahan pula, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganugerahkan Datuk Mohamad Nor Khalid dengan Anugerah Doktor Kehormat dalam bidang Antropologi dan Sosiologi. Memetik kata-kata beliau semasa meneriam anugerah tersebut bersama-sama 671 graduan di Majlis Konvokesyen UKM ke-53:

"Saya tidak pernah dengar seorang kartunis dianugerah gelaran Doktor Kehormat.
Ia satu penghormatan besar buat saya".

Berikut merupakan sebahagian daripada hasil karya Datuk Mohamad Nor Khalid:









Dusun


Bulan Julai hingga ke Ogos pada tahun ini merupakan musim buah. Pada masa ini pelbagai buah dapat dituai hasilnya dari pokok. Durian dan rambutan antara buah yang paling banyak 'masak' kali ini. Saya bersyukur kerana berkesempatan untuk menuai hasil dusun keluarga saya memandangkan saya sedang bercuti. Justeru, ruang yang ada saya gunakan untuk pergi ke dusun untuk mengutip buah-buahan yang ada.


Durian merupakan tanaman utama di dusun. Bilangan pokok yang ada tidak dapat saya gambarkan berapa jumlahnya namun pendek kata banyak juga. Risiko dusun ini lebih tertumpu kepada haiwan perosak iaitu tupai. Kerap kali tupai akan menebuk buah durian yang ada untuk makan isi dalamnya.


Sementara itu, Rambutan yang kemerah-merahan di pohon rambutan subur tumbuh menunggu orang untuk mengaitnya dari atas dahan pokok. Malangnya, serangga seperti kerengga menanti kehadiran kepada sesiapa yang memanjatnya. Itu lah asam garamnya.


Bagi saya, hasil buah-buahan yang ada merupakan anugerah dari Tuhan yang sewajarnya kita sebagai hambanya untuk bersyukur. Ini lah nikmat dan rahmat yang cukup bernilai.

Wednesday, July 20, 2011

NEW Proton Saga FL 1.6 Executive



Saga bukan sekadar perkataan sebaliknya ia merupakan simbol atau lambang prestasi automotif nasional.
Saga merupakan kereta pertama negara yang dihasilkan oleh Proton.
Meskipun peredaran masa kian berlalu dengan pantas
namun kenderaan penumpang ini masih mendapat sambutan dalam kalangan warga tempatan.

Proton telah mengambil inisiatif memperkenalkan Proton Saga FL 1.6L Campro.
Saga baru ini menawarkan kapasiti enjin yang terbaik iaitu 1.6 liter Campro.


Tambahan pula, Saga baru ini turut menawarkan varian Proton Saga FL 1.6 Executive dimana ianya boleh didapati dengan kelajuan transmisi automatik 4 speed dan hanya menawarkan warna solids white sahaja.
Perbezaan model ini dengan model yang terdahulu,
model baru ini mempunyai rim aloi yang baru dan pelekat disisi kereta.
Sementara itu, ia juga menawarkan dua beg udara bagi pemandu dan
penumpang di bahagian hadapan.
Model ini dijual pada harga RM46,549
iaitu RM3,700 lebih tinggi berbanding model Saga FL Executive 1.3.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Proton:http://www.proton-edar.com.my/