Thursday, July 21, 2011

Dusun


Bulan Julai hingga ke Ogos pada tahun ini merupakan musim buah. Pada masa ini pelbagai buah dapat dituai hasilnya dari pokok. Durian dan rambutan antara buah yang paling banyak 'masak' kali ini. Saya bersyukur kerana berkesempatan untuk menuai hasil dusun keluarga saya memandangkan saya sedang bercuti. Justeru, ruang yang ada saya gunakan untuk pergi ke dusun untuk mengutip buah-buahan yang ada.


Durian merupakan tanaman utama di dusun. Bilangan pokok yang ada tidak dapat saya gambarkan berapa jumlahnya namun pendek kata banyak juga. Risiko dusun ini lebih tertumpu kepada haiwan perosak iaitu tupai. Kerap kali tupai akan menebuk buah durian yang ada untuk makan isi dalamnya.


Sementara itu, Rambutan yang kemerah-merahan di pohon rambutan subur tumbuh menunggu orang untuk mengaitnya dari atas dahan pokok. Malangnya, serangga seperti kerengga menanti kehadiran kepada sesiapa yang memanjatnya. Itu lah asam garamnya.


Bagi saya, hasil buah-buahan yang ada merupakan anugerah dari Tuhan yang sewajarnya kita sebagai hambanya untuk bersyukur. Ini lah nikmat dan rahmat yang cukup bernilai.

0 comments: