Thursday, July 21, 2011

Lat



The Kampung Boy mula diterbitkan pada 1979 telah mencetus revolusi dalam dunia kartun tanah air. Ianya menambat hati setiap pembaca. Setiap kartun yang dihasilkan oleh beliau berkisarkan sistem sosial masyarakat, dan politik. Meskipun kartun namun mesej yang disampaikan amat tersirat.

Lat atau nama penuhnya Datuk Mohammad Nor Khalid merupakan seorang kartunis yang berbakat besar. Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1951 di sebuah kampung iaitu Kota Bharu, Perak.
Beliau merupakan pemenang Hadiah Kebudayaan Asia Fukuoka pada tahun 2011. Sepanjang perjalanan beliau sebagai seorang kartunis, beliau telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun.

Buku pertama yang dihasilkan oleh beliau adalah 'Tiga Sekawan' yang berkisar mengenar tiga orang kawan bekerjasama menangkap perompak. Buku itu dicetak ketika beliau masih dibangku sekolah lagi iaitu darjah enam di Sekolah Rendah Jalan Pasir Putih, Ipoh.
Pada 1968, beliau dibayar RM25 untuk setiap lukisan dan mampu mengumpul sebanyak RM100 sebulan hasil kartun beliau itu.
Semasa di New Strait Times, Lat telah ditawarkan sebagai wartawan jenayah meskipun impiannya mahu bergelar seorang kartunis.
Walaubagaimanapun, impiannya menjadi realiti apabila
beliau menjadi kartunis di New StraitTimes pada 1974.
Kemudian, beliau bergiat sebagai pelukis bebas ketika meninggalkan NST.


'Kampung Boy' merupakan buku autobiografinya yang pertama diterbitkan pada 1979 dan berjaya dijual beribu-ribu salinan dalam tempoh tiga bulan.
Kampung Boy juga dicetak di Perancis oleh seorang kartunis Perancis.
Pada 2006, Kampung Boy dicetak di Amerika Syarikat dan ianya merupakan karya pertama beliau yang sampai di sana.

Selain itu, Lat juga turut menghasilkan sebuah buku 'Dr Who!' dimana ianya didedikasikan khas kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, YA.Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, YA.Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.


Karya "Kampung Boy" beliau telah dipentaskan di Istana Budaya (IB) iaitu Teater Muzikal LAT Kampung Boy dibawah arahan Hans Issac dan Harith Iskander (pengarah bersama). Antara pelakon yang terbabit dalam pementasan Lat Kampung Boy iaitu Awie (Lat), Atilia (Faizah - Isteri Lat), Jalil Hamid (Bapa Lat), Datuk Rahim Razali (Pak Samad), Douglas Lim (Franky - kawan baik Lat) dan Sandra (Mrs. Hu).




Lat merupakan abang kepada pengarah filem terkenal tanah air iaitu Mamat Khalid.




Air Asia telah mendekorasikan dua daripada pesawatnya dengan sentuhan karya Lat.

Diatas sumbangan beliau menghasilkan karya yang memupuk nilai-nilai murni dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat, pada 1994 beliau telah dikurnikan gelaran Datuk daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.


Tambahan pula, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganugerahkan Datuk Mohamad Nor Khalid dengan Anugerah Doktor Kehormat dalam bidang Antropologi dan Sosiologi. Memetik kata-kata beliau semasa meneriam anugerah tersebut bersama-sama 671 graduan di Majlis Konvokesyen UKM ke-53:

"Saya tidak pernah dengar seorang kartunis dianugerah gelaran Doktor Kehormat.
Ia satu penghormatan besar buat saya".

Berikut merupakan sebahagian daripada hasil karya Datuk Mohamad Nor Khalid:









3 comments:

Mohd "Yob" Aidil Jamaludin said...

Anda peminat Lat juge? Bangga melihat karya kartunis tempatan mendapat tempat di mata luar.

Jemput lihat koleksi buku Lat teman. Mana tahu mambantu jika ingin book hunt nannti hehehe
http://kutubkhanahku.blogspot.com/2011/07/koleksi-buku-lat.html

Salam perkenalan.. from another Lat fan!

nazhatul_sudeh said...

assalamualaikum, sy nk mntk izin untk amik sedikit maklumat dato lat ye..sbb sy bt research tentang dan terima kasih..
_p/s: bangga karya anak tempatan mendapt perhatian dri luar ngara

Mohd "Yob" Aidil Jamaludin said...

Sile.. silekan.. :)