Sunday, July 24, 2011

Qari dan Qariah Malaysia Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

[Qari, Amirrahman dan Qariah, Suraya bersama-sama piala kemenangan selepas diumumkan
Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-53 - gambar Berita Harian Online]

Malam semalam merupakan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran peringkat Antrabangsa kali ke-53. Majlis yang disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM 1,
menyaksikan qari, Amirrahman Abas dan qariah, Suraya Abu Hassan dari Malaysia
diumumkan sebagai Johan bagi Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke-53.


Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh
Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan
Timbalanya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.


Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke-53 itu berlangsung sejak 16 Julai 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra atau Putra World Trade Centre (PWTC).
Majlis tilawah kali ini bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
dimana melibatkan 81 orang peserta (50 qari dan 31 qariah)
dari 50 negara mengambil bahagian.


0 comments: