Monday, August 29, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H


Sempena kedatangan Syawal yang mulia, saya serta keluarga ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H

Maaf Zahir dan Batin

Semoga lebaran kali ini membawa sinar kebahagian dan
kesyukuran di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal ini,
jangan kita lupa kepada golongan yang memerlukan.
Justeru, ikatan kasih sesama Islam akan bertambah erat sempena Syawal yang tiba.

Menyambut Hari Raya Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W


Assalamualaikum teman sekalian.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya
kita dapat menyempurnakan ibadah puasa kita pada bulan Ramadhan selama sebulan.
Kini Syawal tiba lagi.
Saya yakin pada waktu ini mesti setiap orang daripada kita sibuk
menyiapkan kelengkapan untuk menyambut Syawal.

Dalam Islam, terdapat garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari raya.
Berikut merupakan garis panduan menyambut hari raya mengikut sunnah Rasulullah SAW:


BERTAKBIR
Pada 1 Syawal, umat Islam digalakkan untuk bertakbir.
Takbir ini bermula ketika terlihatnya hilal(anak bulan)
pada malam raya pertama dan berakhir setelah selesainya ketika imam mula berkhutbah.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan),
supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir)
kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur."
[Surah Al-Baqarah: 185)


LAFAZ UCAPAN SELAMAT
Sempena Syawal, umat
Islam digalakkan untuk mengucapakan ucapan
'taqabbalallahu minna waminka'
(semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu).

Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h
yang dinukilkan
daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
"Apabila para sahabat Rasulullah S.A.W bertemu di hari raya,
sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain
'taqabbalallahu minna waminka' (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu)."


MENERUSKAN QIAMULLAIL
Sepanjang bulan Ramadhan, masing-masing daripada kalangan kita menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah seperti solat sunnat taraweh, solat tahhajjud, berzikir, dan bertadarus.
Amal ibadat tidak sewajarnya terhenti apabila Ramadhan itu berakhir tetapi amal ibadat yang dilakukan sewajarnya diteruskan.


MEMAKAI PAKAIAN YANG INDAH
Disunnahkan kaum muslimin dan muslimat menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang nipis, menampak susuk badan dan bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menjerumuskannya ke dalam kemungkaran.
Disunnah juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka menghidu kewangiannya (untuk menarik perhatian), dia adalah (ibarat penzina."
[Hadis riwayat al-Nasaai]

Walaubagaimanapun, tidak bermakna wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk.
Islam adalah agama yang menitik beratkan kebersihan serta kesihat diri.
Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang disekelilingnya.
Haruman yang kuat dan boleh menarik perhatian lelaki hanyalah khusus untuk suaminya.


MENGERJAKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan Solat Sunat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam.


Ibn Abbas r.a berkata:
"Rasulullah S.A.W telah keluar pada hari raya (pertama) Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat.
Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya."
[Hadis riwayat al-Bukhari]


MENGERJAKAN PUASA SUNAT ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun."
[Hadis riwayat Muslim]

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.
Kiraan setahun mengambil kira 30 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan. Ini berdasarkan kepda setiap amalan soleh akan digandakan sepuluh pahala oleh Allah S.W.T.
30 hari Ramadhan ditambah 6 hari digandakan dengan sepuluh akan menghasilkan 360 hari iaitu jumlah hari untuk satu tahun.

Tambahan pula, terdapat banyak lagi perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut hari raya ini seperti berjalan kaki ke masjid untuk sembahyang sunat hari raya, mandi pada pagi raya, dan makan sebelum menunaikan sembahyang sunat hari raya.

Konklusinya, Syawal menjadi penerus kepada maqasid puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang bulan Ramadhan. Justeru, kita sewajarnya menyambut hari raya dalam keadaan tunduk, patuh, penuh keinsafan, dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Semoga Hari Raya Aidilfitri yang menjelma ini disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan syiar Islam

Monday, August 1, 2011

Buffet Ramadhan 2011


Sepanjang bulan Ramadhan mesti pelbagai menu yang disediakan sebagai juadah berbuka. Ada yang memilih untuk berbuka di rumah bersama-sama keluarga tidak kurang juga yang memilih untuk berbuka di masjid. Tambahan pula, Bazar Ramadhan yang hanya muncul setahun sekali sahaja turut menawarkan beraneka juadah berbuka kepada para pengunjung.

Dalam penulisan blog pertama bagi bulan Ramadhan ini, saya ingin berkongsi tempat untuk berbuka yang turut menawarkan aneka pilihan makanan untuk berbuka.


Buka Puasa @ Westside bistro, Shah Alam Convention Centre (SACC)
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-5511 8858



Ramadan Buka Puasa Promotion themed ‘ Indahnya Ramadan’ @ Zest, Marriot Putrajaya

Dewasa ; RM92++ Tempahan : 03-89498888 ext 1294/1330



Ramadan Buffet Promotion @ Sime Darby Convention Centre Tempoh Diskaun : Ahad, 1 May 2011 – Ahad, 31 Jul 2011

May Voucher – RM50 Nett Jun Voucher – RM60 Nett dan Julai Voucher – RM70 Nett

Tempahan : 03 2089 3688



Cyberview Resort & Spa Buffet Ramadhan

Tel : 03-83127091 Fax : 03-83127092

Normal Price : RM 79++

Early Bird Voucher : RM 67++



Buffet Ramadhan Raintree Cafe, Hotel Maluri

Dewasa : RM 58.00 nett

Kanak-kanak : RM 32.00 nett

Tempahan : 03-92878833 ext 630



Carcosa Seri Negara
Timeless Classics – Carcosa Seri Negara

Valid from 8/8/2011 till 8/27/2011
International Buffet, Local Buffet
Price Guide: Above RM60


Palma Cafe
Buffet Ramadhan & Big Plate

De Palma Seminar & Conference Centre
Ramadhan Buffet Citarasa Kampung – De Palma Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/31/2011
Local Buffet
Price Guide: Below RM60




The Sultani Restaurant
Royal Ramadhan Feast – Flamingo Hotel

Valid from 7/4/2011 till 8/27/2011
Indian Buffet
Price Guide: Below RM60


Di-Atas Brasserie
Feast of Ramadan – Legend Hotel

Valid from 8/1/2011 till 8/29/2011
International Buffet, Local Buffet
Price Guide: Above RM60



Top Pot Cafe
Jom Buka Puasa di KLIH – Kuala Lumpur International Hotel

Valid from 8/1/2011 till 8/29/2011
Local Buffet
Price Guide: Below RM60