Monday, September 19, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri 1Malaysia Anjuran UMNO Kedah


Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah menjemput orang ramai menghadiri rumah terbuka Aidilfitri 1Malaysia yang akan diadakan pada 20 September 2011, Selasa ini

bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti.


Selain menikmati pelbagai juadah, cabutan bertuah dengan hadiah menarik serta persembahan hiburan dari artis terkenal juga diadakan.


Majlis yang dijangka dihadiri lebih 20,000 orang itu

bermula pukul 12 tengah hari hingga 4 petang.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beberapa pemimpin UMNO pdan parti komponen Barisan Nasional diperingkat pusat dijangka menghadiri majlis berkenaan.

"Saya berharap orang dapat meluangkan masa menghadiri majlis berkenaan. Semua dijemput hadir," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata makanan disediakan berkonsepkan warung dengan setiap bahagian UMNO di negeri ini, yang kesemuanya mempunyai 15 bahagian akan menyediakan juadah masing- masing.


"Ada 15 hidangan kesemuanya.

Pemimpin setiap bahagian juga akan bersama-sama meraikan para hadirin," katanya.

0 comments: