Tuesday, September 20, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 anjuran Pemuda, Wanita, dan Puteri UMNO


Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO akan menganjurkan majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri

di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Khamis ini bermula jam 11 pagi hingga 3 petang.


Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar berkata majlis itu akan dihadiri Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasssin, anggota Majlis Tertinggi Umno, barisan menteri kabinet dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).


Beliau berkata sambutan kali ini lebih istimewa kerana 25 waris pejuang peristiwa Bukit Kepong akan hadir memeriahkan majlis yang dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung.


“Sempena dengan sambutan Merdeka Raya, kita juga akan memberikan sedikit penghargaan kepada waris pejuang Bukit Kepong berupa replika, sijil serta sumbangan wang tunai sebagai menghargai jasa mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan,” katanya.


Sumber: UMNO Online

0 comments: