Friday, October 14, 2011

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuat kuasa pada 13 Disember 2011

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI
ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis),
D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M.,
S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan,
Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong

yang baru berkuat kuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.


Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong

untuk tempoh yang sama,

menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.

— Bernama

0 comments: