Wednesday, January 19, 2011

Langkah mulanya dengan Saga



Merentasi arus pemodenan industri automotif nasional, Proton atau Perusahan Otomotif Nasional telah menjadi penggerak utama industri ini di Malaysia. Idea memperkenalkan kereta nasional Malaysia telah dicetus oleh Y.A. Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4.

[Ini lah kereta yang dimiliki oleh keluarga saya sehingga sekarang]

Bertitik-tolak pada tarikh 7 Mei 1983, Proton merupakan satu lembaran baru bagi kalendar transformasi industri negara. Penubuhan ini telah disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM).

Proton Saga merupakan 'anak sulong' pertama keluaran Proton.
Model ini telah dibangunkan di kilang Proton, Shah Alam, Selangor.

[Tun Dr. Mahathir ketika merasmikan Proton Saga pada Julai 1985]

Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah melancarkan model Proton Saga yang pertama pada September 1985. Nama Saga diberi hasil daripada satu pertandingan yang dianjurkan sempena memberi nama kereta pertama negara ini. Pemenangnya, Ismail Jaafar memilih Saga kerana biji saga mudah didapati di Malaysia.

[Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah menaiki Proton Saga ketika merasmikan Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985]

Model Proton Saga yang pertama telah menggunaka engin SOHC 8 ijap 4 silinder hasil daripada perkongsian teknologi dari Mitsubishi dengan 2 variasi iaitu 1.5L dan 1.3L. Kemudian Proton telah melancarkan variasi hatchback pada tahun 1987 bagi Saga dikenali Proton Knight pada mulanya namun kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.




Pemasaran Proton Saga tidak tertumpu dalam negara sahaja bahkan dieksport keluar iaitu di United Kingdom pada tahun 1989.

Pembangunan industri Proton tidak terhad disitu bahkan penambahbaikan diteruskan pada 1990 dengan pengenalan enjin 12 injap dengan 75 bhp bagi keluaran model Saga 1.3L dan 90 bhp bagi keluaran model Saga 1.5L.

Aspek keselamatan terus ditingkat bagi kualiti sebuah kereta dengan penambahan tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.

Model-model Saga terus dibangunkan sehingga ke hari ini dengan pelbagai spesifikasi dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Proton.


Proton Saga Iswara (facelift Proton Saga) dikeluarkan pada 1992


Proton BLM atau Proton Base Line Model (model gantian bagi Proton Saga)
diperkenalkan pada 1 Januari 2008. Generasi kedua ini telah menggambarkan kepada kita sebagai rakyat Malaysia bahawa ia merupakan manifestasi automotif negara yang membanggakan.


Tahniah Proton!!!


Monday, November 29, 2010

Pekan Rabu



[Pekan Rabu kini ~ Gambar diambil sendiri oleh CheZan]

Cuti semester 5 lepas, saya berkesempatan singgah ke Pekan Rabu untuk membeli minyak atar. Pekan Rabu merupakan sebuah destinasi pelancongan utama bagi setiap pelancong yang mengunjungi Kedah khususnya Bandaraya Alor Setar, ibu negeri Kedah Darul Aman.


[Pemandangan daripada Pekan Rabu ~ Gambar diambil sendiri oleh CheZan]

Pekan Rabu merupakan sebuah pusat membeli-belah yang keseluruhan peniaganya merupakan Melayu. Tambahan pula, pembinaan Pekan Rabu menggalakkan penglibatan golongan bumiputera dalam perniagaan. Maka Pekan Rabu adalah contoh yang terbaik dalam usaha melahirkan usahawan bumiputera yang berjaya.

Berdasarkan sumber, Pekan Rabu sudah memulakan aktivitinya sejak Perang Dunia Pertama. Ini merupakan inisiatif YTM Tunku Yaacob, Putera Diraja Kedah dalam usaha baginda menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam perniagaan terutamanya di bandar.

[Pandangan bahagian dalam Pekan Rabu kini ~ Gambar diambil sendiri oleh CheZan]

Permulaanya, Pekan Rabu merupakan sebuah pasar minggu di Tanjong Chali iaitu terletak di persinggahan antara Jalan Pekan Cina dan Jalan Pengkalan Kapal di Bandar Alor Setar ketika itu. Sejarah membuktikan bahawa Tanjong Chali adalah tapak bagi melatih orang-orang Melayu dalam bidang perniagaan. YTM Tunku Yaacob merupakan pengasas kawasan perniagaan ini menjadi pasar minggu di situ pada setiap hati Rabu sahaja pada awal 1920-an.

Bertitik-tolak dengan perkembangan kemajuaan daripada pasar minggu itu, maka pasar itu berlangsung setiap hari. Justeru, Kerajaan Negeri Kedah telah memindahkan Pekan Rabu ini ke sebuah tapak baru menjelang tahun 1932 berdasarkan perkembangan aktiviti perniagaan.


[Kini, escalator telah dibina dalam proses penambaikan infrastruktur di Pekan Rabu]


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pernah menjadi salah seorang peniaga di Pekan Rabu. Ini membuatkan Pekan Rabu begitu dekat di hati beliau sehingga kini.


Tun Dr. Mahathir bersama-sama keluarga beliau di Pekan Rabu


Thursday, November 25, 2010

Kota Kuala Kedah




Kedah Darul Aman merupakan sebuah negeri yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia. Jolokan gelaran "Jelapang Padi Malaysia" amat bertepatan dengan iklim geografi negeri ini.
Namun, negeri ini bukan sahaja terkenal sebagai pembekal beras dalam negara bahkan mempunyai kepelbagaian tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati.
Salah satunya
Kota Kuala Kedah.


Kota yang dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan sebuah kota bersejarah.
Sebuah Pintu Besar yang terletak di Kota Kuala Kedah telah dibina ketika pemerintahan Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II Ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah (1778 - 1789).
Ianya mula dibina pada 10 Safar 1185H yakni bersamaan Mei 1771 Masihi dan siap pada tahun 1194H iaitu pada 1780 Masihi. Pintu ini siap dibina ketika pemerintahan
Sultan Ahmad Tajuddin Ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II.
Baginda telah bersemayan disini pada 1803.



Walaubagaimanapun, ketika kedatangan Inggeris sebuah pintu gerbang empat segi telah dibina yang mengadap ke arah Jambatan Alor Melaka.