Friday, March 27, 2009

Revolusi UMNO

UMNO dalam Revolusi

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya mampu menyempurnakan peperiksaan akhir saya dengan jayanya. Sepanjang minggu ini, pelbagai bingkisan menjadi coretan kalendar Mac 2009. Apa yang happening sangat??? Tak lain tak bukan sudah semestinya Perhimpunan Agung UMNO.

Sebagai seorang pewaris kepada UMNO saya sukacita mendengar khabar daripada pemilihan UMNO kali kerana sedikit sebanyak pemenang-pemenang bagi setiap jawatan merupakan anggota UMNO yang benar bekerja kuat dalam proses revolusi UMNO. Pemilihan kali ini dianggap penting dalam membawa arus perubahan dalam UMNO khususnya dan Amnya kepada Malaysia. Ini disebabkan sejarah perjuangan negara bertitik tolakkan oleh percaturan dalam UMNO itu sendiri. Rakyat sokong UMNO sebenarnya. Maka mereka mahukan perubahan.

[Dato' Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak ~ Presiden UMNO Ke-7]

Dato' Seri Najib Tun Razak telah katakan yang beliau mahukan saf yang sempurna dalam menyokong perubahan yang bakal beliau. Beliau mengulangi bahawa beliau aku membuat reform pada UMNO seperti bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak lakukan ketika menerima jawatan Presiden UMNO ke-3 daripada Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Justeru, Insyallah segala kata-kata beliau akan dikotakan Bak kata pepatah Melayu, "kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji".

[Tan Sri Muhyiddin Yassin ~ Timbalan Presiden UMNO]

Harapan untuk melihat Dato' Najib berganding dengan Tan Sri Muhyiddin akhirnya menjadi realiti. Kemenangan Muhyiddin menjadi amaran kepada semua ahli bahawa suatu reform bakal dilakukakn oleh dua kepimpinan tertinggi UMNO. Ini disebabkan pengalaman Muhyiddin yang pernah mentadbir Johor sebagai Menteri Besar dan beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan dalam Kabinet melayakkan beliau sebagai pemimpin UMNO yang menang secara bergaya. Kelantangan beliau bersuara menarik perhatian ramai. Dan inilah menjadi indikator ramai perwakilan dalam memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

[Dari kiri: Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Ahmad Zahid, Dato' Hishamuddin, dan Dato' Shafie Apdal meraikan kemenangan mereka bersama-sama. Tahniah!!!]

Kemenangan Dato' Ahmad Zahid, Dato' Hishamuddin, dan Dato' Shafie merupakan kemenangan yang membawa suara perwakilan sebenarnya. Ketiga-tiga mereka merupakan calon favourite dan tokoh yang mampu membantu kepimpinan UMNO yang baru. Ini petanda baik buat UMNO.

[SDR. Khairy Jamaludin ~ Ketua Pergerakan Pemuda UMNO]

Namun bagi jawatan Ketua Pemuda, calon favourite tewas. Dato' Mukhriz yang dihebah-hebahkan sebagai calon favourite telah ditewaskan oleh SDR. Khairy Jamaludin bagi merebut jawatan Ketua Pemuda. Saya bukanlah pro-Mukhriz mahupun bukanlah kontra-Khairy bagi saya jika yang diingini oleh sayap Pemuda maka terima sajalah. Yang penting bebanan Khairy berat bukan sekadar untuk bawa perubahan dalam Pemuda UMNO namun membersihkan imej beliau kerana beliau sebelum ini telah diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO.

[Saya (tengah) bersalaman dengan Dato' Mukhriz pada tahun 2005]

Meskipun, Mukhriz tewas namun beliau tetap bersama-sama UMNO dan beliau akan terus melontar idea-idea dan cadangan beliau.


Seruan saya mudah sahaja, "Maralah UMNO, usah biar tsunami politik wang menghimpit lagi. Kembalikan maruah UMNO...kerna bibit-bibit PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI!!!"

Wednesday, March 25, 2009

Kedah

~Kedahku~

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (Sultan Negeri Kedah Darul Aman)


Negeri Kedah Darul Aman merupakan Jelapang Padi Malaysia yang membekalkan bekalan beras yang utama dalam negara ini. Pelbagai mitos dan sejarah yang berkaitan dengan Negeri Kedah Darul Aman seperti Kerajaan Kedah Tua.

Keunggulan Kerajaan Kedah Tua tidak terhenti disitu sahaja sebaliknya diteruskan dengan kecekapan pentadbiran Perdana Menteri Kedah, Wan Mat Saman. Pada suatu ketika dahulu, berlaku suatu musim kemarau yang panjang yang menyebabkan tanah-tanah di sawah padi (bendang :dialek Kedah) menjadi kering-kontang. Ini telah merencatkan aktiviti penduduk ketika itu. Maka, Wan Mat Saman telah mencadangkan agara dibina sebuah terusan untuk membuat pengaliran air terus ke sawah padi dari sungai besar. Terusan itu dikenali "Terusan Wan Mat Saman".


Untuk pengetahuan, Wan Mat Saman merupakan salah seorang daripada keturunan atau saudara sebelah ibu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Ke-4.

[Saya bersama-sama Tun Dr. Mahahtir ketika Majlis Jamuan Adilfitri 2006]


Sejarah Kegemilangan Kedah terus mekar hingga kini ditambah pula dengan Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Sultan Abdul Halim. Ini melambangkan kedaulatan dan kesetiaan kepada Sultan.

Meskipun kerajaan-kerajaan negeri terdahulu daripada Barisan Nasional namun permuafakatan antara kerajaan sekarang dibawah pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah Darul Aman telah membawa cerminan perpaduan kepada rakyat negeri.

[Dato' Mahdzir mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Ustaz Azizan semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah tahun lepas]


UMNO dan Pas disini bersatu kerana Kedah Darul Aman.

Perpaduan yang utuh telah membawa pelbagai nikmat dan rahmat kepada negeri ini.

Mengikut maklumat yang diterima, berikut merupakan pelan pembangunan negeri:
a) Pembinaaan Loji Hidrokarbon di Yan, Kedah
b) Pemasangan Paip Gas daripada Yan ke Jerlun
c) Pembinaan kampus tetap Kolej Universiti INSANIAH di Baling
d) dan banyak lagi.

Semoga Allah S.W.T. melimpah kepada hamba-hambaNYA...Amin...

Daulat Tuanku!!!

Berikut sedikit sebanyak panorama Bandaraya Alor Setar, Pusat Pentadbiran Negeri :-





Monday, March 2, 2009

Sokongan Untuk Dato' Mukhriz


Mungkin saya mentah untuk membuat sedikit coretan dan bingkisan terhadap spektrum politik kini terutamanya disini UMNO khusus Pemuda UMNO. Sebagai tonggak kepada UMNO, lapisan belia dalam sayap Pemuda harus matang dalam memilih calon yang sesuai bagi memimpin Pemuda kembali kepada perjuangan UMNO yang asal. Kita dapat lihat hari ini pelbagai masalah menghimpit parti UMNO ini. Rasuah dan salah guna kuasa dalam UMNO menjadi isu yang kerap kali diperkatakan oleh masyarakat kini. Kenapa???

Tepuk dada, tanyalah iman, tanyalah amalan...


Lantaran daripada pelbagai pendapat dan pandangan yang saya terima, terdetik hati ini untuk menyatakan hasrat sokongan kepada perjuangan Dato' Mukhriz dalam membawa revolusi kembali dalam Pemuda UMNO. Peluang harus diberi kepada beliau. Tambahan pula, 'track record' beliau sebagai Ahli Parlimen Jerlun membuktikan kepada kita betapa ciri-ciri kepimpinan dalam diri beliau terserlah. Walauapapun yang bakal berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO akan datang, pastikan agenda pemulihan parti dan kepercayaan rakyat diutamakan.

HAPUSKAN POLITIK WANG DAN SALAH GUNA KUASA....


Jadikan Al-Quraan dan Sunnah Rasulullah S.A.W. sebagai pandaun menjalankan urusan harian meskipun urusan politik.