Saturday, January 29, 2011

Dato' Siti Nurhaliza : Duta Besar Masyarakat Melayu?

Diva Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melayani soalan-soalan wartawan pada sidang akhbar di Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) di Hotel Hyatt Regency Bandung, Indonesia, pada Jumaat. Pada seminar itu Siti Nurhaliza turut dicadangkan oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) untuk menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu Nusantara. - Foto BERNAMA

Dewasa ini, hubungan antara Malaysia-Indonesia agak dingin. Suasana sebegini sedikit sebanyak telah merenggang keakraban dua buah negara serumpun.
Justeru, Dato' Siti Nurhaliza telah dicadangkan sebagai Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengeratkan hubungan rakyat di negara-negara nusantara.

Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswamin) mencadangkan pelantikan tersebut berdasarkan penerimaan masyarakat terhadap Dato' Siti Nurhaliza.

"Lebih baik gelar itu datang dari masyarakat, lebih baik beliau diterima masyarakat, kerana gelar itu akan menjadi abadi," kata Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid ketika ditemui Bernama.

Saiful Hadi, yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia, Antara, sebelum itu menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.

Seminar sehari itu, yang dianjurkan oleh Iswami, dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Thursday, January 27, 2011

Jom pakat pekena Nasik Kandaq




Kalau di sebelah Utara ramai yang sebut sebagai 'Nasik Kandaq' tapi dibahagian lain kebanyakkan nya menyebut 'Nasi Kandar'. Apa jua sebutan atau jolokan nama yang diberi, menu serta rasa tidak dapat lari dengan kari, kuah campur, kambing, briyani dan sebagainya.

Masyarakat Malaysia amnya, makan nasi pada waktu tengahari dan malam namun yang istimewanya bagi Nasi Kandar, ianya boleh di makan pada waktu pagi, tengahari, dan malam.

Sedikit info/maklumat berkenaan Nasi Kandar, ianya merupakan makanan popular di Utara Semenanjung Malaysia terutamanya di Pulau Pinang. Nasi Kandar diberi namanya berdasarkan satu kisah dimana pada satu ketika seorang penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi.

Kebanyakan restoran nasi kandar kini bukan sahaja menyediakan nasi kandar sebagai menu utama bahkan terdapat juga menu sampingan seperti 'western food', roti canai' pasembor, mee mamak, dan tomyam.


Inilah keistimewaan Malaysia, dimana kita berkongsi citarasa yang sama meskipun berbeza budaya dan agama.


Kepada yang berada di Alor Setar, saya syorkan ke Restoran Nasi Kandar 'Pokok Ceri'. Memang sedap kari yang disediakan. Selain itu, Restoran Pelita yang juga terdapat di Lembah Klang yang turut menyediakan sup kambing yang cukup sedap.


P/s: Makanan kegemaran CheZan adalah Nasik Kandaq


Wednesday, January 26, 2011

Wednesday, January 19, 2011

Langkah mulanya dengan Saga



Merentasi arus pemodenan industri automotif nasional, Proton atau Perusahan Otomotif Nasional telah menjadi penggerak utama industri ini di Malaysia. Idea memperkenalkan kereta nasional Malaysia telah dicetus oleh Y.A. Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4.

[Ini lah kereta yang dimiliki oleh keluarga saya sehingga sekarang]

Bertitik-tolak pada tarikh 7 Mei 1983, Proton merupakan satu lembaran baru bagi kalendar transformasi industri negara. Penubuhan ini telah disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM).

Proton Saga merupakan 'anak sulong' pertama keluaran Proton.
Model ini telah dibangunkan di kilang Proton, Shah Alam, Selangor.

[Tun Dr. Mahathir ketika merasmikan Proton Saga pada Julai 1985]

Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah melancarkan model Proton Saga yang pertama pada September 1985. Nama Saga diberi hasil daripada satu pertandingan yang dianjurkan sempena memberi nama kereta pertama negara ini. Pemenangnya, Ismail Jaafar memilih Saga kerana biji saga mudah didapati di Malaysia.

[Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah menaiki Proton Saga ketika merasmikan Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985]

Model Proton Saga yang pertama telah menggunaka engin SOHC 8 ijap 4 silinder hasil daripada perkongsian teknologi dari Mitsubishi dengan 2 variasi iaitu 1.5L dan 1.3L. Kemudian Proton telah melancarkan variasi hatchback pada tahun 1987 bagi Saga dikenali Proton Knight pada mulanya namun kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.




Pemasaran Proton Saga tidak tertumpu dalam negara sahaja bahkan dieksport keluar iaitu di United Kingdom pada tahun 1989.

Pembangunan industri Proton tidak terhad disitu bahkan penambahbaikan diteruskan pada 1990 dengan pengenalan enjin 12 injap dengan 75 bhp bagi keluaran model Saga 1.3L dan 90 bhp bagi keluaran model Saga 1.5L.

Aspek keselamatan terus ditingkat bagi kualiti sebuah kereta dengan penambahan tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.

Model-model Saga terus dibangunkan sehingga ke hari ini dengan pelbagai spesifikasi dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Proton.


Proton Saga Iswara (facelift Proton Saga) dikeluarkan pada 1992


Proton BLM atau Proton Base Line Model (model gantian bagi Proton Saga)
diperkenalkan pada 1 Januari 2008. Generasi kedua ini telah menggambarkan kepada kita sebagai rakyat Malaysia bahawa ia merupakan manifestasi automotif negara yang membanggakan.


Tahniah Proton!!!


Sunday, January 16, 2011

Selamat Hari Keputeraan Sultan Kedah Darul Aman Ke-83



Selamat Hari Keputeraan Sultan Kedah Darul Aman Ke-83


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI
ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis),
D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M.,
S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan,
Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Daulat Tuanku

Friday, January 14, 2011

DEBAT: KJ ajak Anwar berdebat

[YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau]

YB Khairy Jamaluddin mempelawa
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat.

[YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh]

Difahamkan, YB Khairy Jamaluddin telah menghantar surat rasmi mempelawa Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat tentang cara tadbir ekonomi negara. Surat tersebut telah dihantar oleh Ketua Penerangan UMNO, Dato' Seri Reezal Merican dan Setiausaha Pemuda UMNO, Dato' Megat Firdaus ke Ibu Pejabat PKR.

KJ dipetik daripada laman sosialnya, Facebook bahawa
{Walaupun esok (Khamis 13/01/2011) saya lapor diri untuk kursus airbone payung terjun di Kem Komando Sg Udang, saya sedia debat sekiranya DSAI setju}

Persoalannya disini, apakah natijah daripada hasil perdebatan yang diadakan kerana output daripada perdebatan yang lalu masih lagi belum nampak penghujungnya...



Sebagai rakyat Malaysia, saya ingin tahu apakah kesannya atau output yang bakal diterima oleh rakyat dari perdebatan ini...

Saya berharap kita semua tanpa mengira fahaman politik dapat duduk semeja, berbincang secara professional demi Malaysia.

Tuesday, January 11, 2011

Monday, January 10, 2011

Selamat Hari Lahir buat YB Ketua Pemuda UMNO Malaysia


Menjelang 10 Januari 2011

Saya ucapkan : SELAMAT HARI LAHIR kepada

YB Khairy Jamaluddin,

Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Semoga kepimpinan YB dlm menerajui Pemuda UMNO Malaysia dapat diteruskan dan

saya doakan kesejahteraan YB. Selamat berjuang YB KJ!!!

Monday, January 3, 2011

KJ mahu mengundur diri dari politik?



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membayangkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu disuarakan di laman Twitternya berbunyi "Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN (Barisan Nasional) pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar."

"Saya ingin ‘menarik diri’ seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat."

Beliau bagaimanapun tidak menjawab mengenai tempoh ‘rehat'nya dari politik.

"Belum tahu (tempoh masa). Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran," katanya.


YB Khairy Jamalludin telah memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan undi sebanyak 26,525 mengalahkan Badrul Hisham Shaharin (PKR) sebelum mengumumkan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.