Wednesday, January 19, 2011

Langkah mulanya dengan Saga



Merentasi arus pemodenan industri automotif nasional, Proton atau Perusahan Otomotif Nasional telah menjadi penggerak utama industri ini di Malaysia. Idea memperkenalkan kereta nasional Malaysia telah dicetus oleh Y.A. Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4.

[Ini lah kereta yang dimiliki oleh keluarga saya sehingga sekarang]

Bertitik-tolak pada tarikh 7 Mei 1983, Proton merupakan satu lembaran baru bagi kalendar transformasi industri negara. Penubuhan ini telah disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM).

Proton Saga merupakan 'anak sulong' pertama keluaran Proton.
Model ini telah dibangunkan di kilang Proton, Shah Alam, Selangor.

[Tun Dr. Mahathir ketika merasmikan Proton Saga pada Julai 1985]

Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah melancarkan model Proton Saga yang pertama pada September 1985. Nama Saga diberi hasil daripada satu pertandingan yang dianjurkan sempena memberi nama kereta pertama negara ini. Pemenangnya, Ismail Jaafar memilih Saga kerana biji saga mudah didapati di Malaysia.

[Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah menaiki Proton Saga ketika merasmikan Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985]

Model Proton Saga yang pertama telah menggunaka engin SOHC 8 ijap 4 silinder hasil daripada perkongsian teknologi dari Mitsubishi dengan 2 variasi iaitu 1.5L dan 1.3L. Kemudian Proton telah melancarkan variasi hatchback pada tahun 1987 bagi Saga dikenali Proton Knight pada mulanya namun kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.




Pemasaran Proton Saga tidak tertumpu dalam negara sahaja bahkan dieksport keluar iaitu di United Kingdom pada tahun 1989.

Pembangunan industri Proton tidak terhad disitu bahkan penambahbaikan diteruskan pada 1990 dengan pengenalan enjin 12 injap dengan 75 bhp bagi keluaran model Saga 1.3L dan 90 bhp bagi keluaran model Saga 1.5L.

Aspek keselamatan terus ditingkat bagi kualiti sebuah kereta dengan penambahan tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.

Model-model Saga terus dibangunkan sehingga ke hari ini dengan pelbagai spesifikasi dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Proton.


Proton Saga Iswara (facelift Proton Saga) dikeluarkan pada 1992


Proton BLM atau Proton Base Line Model (model gantian bagi Proton Saga)
diperkenalkan pada 1 Januari 2008. Generasi kedua ini telah menggambarkan kepada kita sebagai rakyat Malaysia bahawa ia merupakan manifestasi automotif negara yang membanggakan.


Tahniah Proton!!!


1 comments:

Bro Jinggo said...

Salam...

Blog sahabat telah saya linkkan di laman blog www.politikharian.blogspot.com , pohon jasabaik sahabat linkkan laman portal www.politikharian.com ke laman blog sahabat untuk mendapatkan informasi berita politik terkini. Terima kasih.

Salam Perjuangan.

p.s: tahniah proton.