Monday, November 29, 2010

Pekan Rabu



[Pekan Rabu kini ~ Gambar diambil sendiri oleh CheZan]

Cuti semester 5 lepas, saya berkesempatan singgah ke Pekan Rabu untuk membeli minyak atar. Pekan Rabu merupakan sebuah destinasi pelancongan utama bagi setiap pelancong yang mengunjungi Kedah khususnya Bandaraya Alor Setar, ibu negeri Kedah Darul Aman.


[Pemandangan daripada Pekan Rabu ~ Gambar diambil sendiri oleh CheZan]

Pekan Rabu merupakan sebuah pusat membeli-belah yang keseluruhan peniaganya merupakan Melayu. Tambahan pula, pembinaan Pekan Rabu menggalakkan penglibatan golongan bumiputera dalam perniagaan. Maka Pekan Rabu adalah contoh yang terbaik dalam usaha melahirkan usahawan bumiputera yang berjaya.

Berdasarkan sumber, Pekan Rabu sudah memulakan aktivitinya sejak Perang Dunia Pertama. Ini merupakan inisiatif YTM Tunku Yaacob, Putera Diraja Kedah dalam usaha baginda menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam perniagaan terutamanya di bandar.

[Pandangan bahagian dalam Pekan Rabu kini ~ Gambar diambil sendiri oleh CheZan]

Permulaanya, Pekan Rabu merupakan sebuah pasar minggu di Tanjong Chali iaitu terletak di persinggahan antara Jalan Pekan Cina dan Jalan Pengkalan Kapal di Bandar Alor Setar ketika itu. Sejarah membuktikan bahawa Tanjong Chali adalah tapak bagi melatih orang-orang Melayu dalam bidang perniagaan. YTM Tunku Yaacob merupakan pengasas kawasan perniagaan ini menjadi pasar minggu di situ pada setiap hati Rabu sahaja pada awal 1920-an.

Bertitik-tolak dengan perkembangan kemajuaan daripada pasar minggu itu, maka pasar itu berlangsung setiap hari. Justeru, Kerajaan Negeri Kedah telah memindahkan Pekan Rabu ini ke sebuah tapak baru menjelang tahun 1932 berdasarkan perkembangan aktiviti perniagaan.


[Kini, escalator telah dibina dalam proses penambaikan infrastruktur di Pekan Rabu]


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pernah menjadi salah seorang peniaga di Pekan Rabu. Ini membuatkan Pekan Rabu begitu dekat di hati beliau sehingga kini.


Tun Dr. Mahathir bersama-sama keluarga beliau di Pekan Rabu


1 comments:

misrerama said...

esclator kat mane tu???