Thursday, December 30, 2010

Coretan Politik Tanah Air 2010


JANUARI:

1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.

FEBRUARI:
12 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.

28 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.


MAC:

1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.

6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.


APRIL:

25 - Calon Barisan Nasional P Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.


MEI:
14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.


JUN:
11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.


JULAI:
22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.


OGOS:

1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.


SEPTEMBER:

1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.


OKTOBER:

23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.

4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.

20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.

28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor.



DISEMBER:

1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.

6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.

13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.

15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2


15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).


16 - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.

17 - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.


27 - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri.

--Bernama

Monday, December 27, 2010

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang BARU


Sumber dari Utusan

UMNO di tiga negeri iaitu Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang akan diterajui oleh pengerusi yang baru mulai 1 Januari ini di selepas rombakan badan-badan perhubungan negeri seperti diumumkan hari ini.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,

Di Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah akan mempengerusikan badan perhubungan UMNO negeri itu, mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Shafie Apdal manakala Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula sebagai timbalan beliau.



Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah


Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir

Sunday, December 26, 2010

3 - 0



Alhamdulillah,
syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan skuad Kebangsaan Malaysia memperolehi
kemenangan dalam perlawanan Akhir Pusingan Pertama Piala Suzuki AFF.
Kemenangan 3-0 ke atas skuad Indonesia memberi keselesaan kepada pemain-pemain skuad kebangsaan untuk berkunjung ke Indonesia pada 29 Disember 2010 nanti menentang skuad garuda tersebut bagi perlawanan akhir pusingan kedua.


Jaringan Malaysia disudahkan oleh Safee Sali pada minit ke-60 dan 72 manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67. Persembahan yang cukup baik telah ditonjolkan oleh para pemain kebangsaan menggambarkan era kebangkitan bola sepak di Malaysia.


Tahniah diucapkan buat seluruh pasukan kebangsaan termasuk para pemain, jurulatih serta pengurusan pasukan.


Saya doakan agar kita membawa pulang Piala Suzuki AFF ke Malaysia
apabila menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.


Friday, December 17, 2010

Gotong-Royong Perdana bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri



Pada 11 Disember 2010 saya bersama-sama warga Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) berkesempatan meluangkan masa menyertai program Gotong-royong Perdana anjuran
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Program tersebut bertempat di Tanah Perkuburan Islam KL-Karak.

Gotong-royong tersebut turut disertai
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
YB. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom.

Program tersebut bermula sekitar jam 8 pagi berakhir pada jam 12 tengahari.
Program khidmat masyarakat seperti ini turut sendiri disertai oleh masyarakat setempat, badan-badan NGO, serta beberapa IPTS.


Saya berharap program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

[Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing]

Thursday, December 9, 2010

Kuala Lumpur International Motor Show 2010



Catatan blog pada malam ini saya ingin mencoret berkenaan kunjungan saya ke Kuala Lumpur International Motor Show 2010 atau lebih dikenali sebagai KLIMS 2010.

KLIMS telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra atau Putra World Trade Center (PWTC) bermula 3 Disember sehingga 12 Disember 2010.

KLIMS secara rasminya telah dibuka pada 2 Disember 2010 oleh
YB Dato' Seri Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Beliau antara yang pertama diberi peluang untuk melawat setiap dewan pameran bersama-sama tetamu kehormat
YA Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad


Kunjungan saya ke sana pada hari Jumaat iaitu 3 Disember 2010 disebelah petang.


Pelbagai model baru diperkenalkan sepanjang KLIMS 2010.
Antaranya Proton telah memperkenalkan kereta Edisi Pahlawan yang terdiri daripada lima buah model iaitu
Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir, dan Lekiu.



Selain itu, yang menarik perhatian ramai sudah semestinya model robot daripada Transformer, Bumblebee. Turut tidak ketinggalan model kereta Batman, The Batmobile.


SYABAS!!! diucapkan kepada penganjur yang terlibat.
Diharapkan penganjuran pada tahun akan datang, dapat menyaksikan lebih banyak pengeluar kereta turut serta.




Tuesday, December 7, 2010

MAHA International 2010



Meskipun jadual untuk hujung minggu kali ini agak padat, saya dapat meluangkan masa untuk ke MAHA International 2010 di Serdang, Malaysia.
Kunjungan saya ke sana bersama-sama Sdr. Aiman.


Disebabkan saya terlalu meminati pertanian itu sendiri, saya pergi ke sana sebanyak dua kali iaitu sebelah petang Sabtu saya melawat sekitar dewan pameran di Pintu 1
manakala sebelah pagi Ahad saya melawat pameran ternakan yang terletak di Pintu 2.
Saya ucapkan TAHNIAH kepada semua pihak yang menganjurkan MAHA International 2010.


Pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai lapisan.
Ada yang dari dalam negara mahupun luar negara.
Ini menggambarkan betapa minatnya masyarakat keliling terhadap pertanian meskipun berada dalam abad ke-21.


Pameran seperti ini merupakan lambang manifestasi kemajuan industri pertanian negara. Pelbagai perkara yang menarik dapat diambil serta dipelajari dengan melawati ekspo atau pameran seperti ini.
Saya syorkan MAHA International ini diadakan secara bulanan agar ia dapat memberi input kepada masyarakat kita terutama golongan petani, peladang, penternak, nelayan dan sebagainya.
Secara tidak langsung, dapat memberi output yang positif bagi industri pertanian negara.


Disamping itu, beberapa penambahbaikan harus dilakukan oleh pihak berwajib dalam
MAHA International akan datang terutama dari segi kapasiti tempat letak kenderaan.
Jumlah pengunjung yang kian bertambah dari hari pertama hingga ke saat-saat akhir hari penutupan menyebabkan sebahagian kederaan pengunjung terpaksa diletakkan di luar kawasan pameran. Tambahan pula, kadar caj bayaran tempat letak kereta sebanyak RM3 harus dikaji oleh pihak penganjur bagi masa akan datang kerana pameran seperti ini tidak perlu dikenakan caj letak kereta. Ini disebabkan kerajaan mahu mendekatkan rakyat dengan perkembangan pertanian negara kita.




*kebanyakkan gambar sekitar MAHA International 2010 saya telah upload dalam facebook saya