Friday, February 25, 2011

Pak Lah



Pak Lah merupakan nama panggilan beliau baik semasa kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-5 mahupun selepas persaraan beliau. Pak Lah atau Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia Ke-5. Sebagai seorang penulis blog, saya ingin berkongsi disini biografi Pak Lah sebagai salah seorang pemimpin yang berjasa pada tanah air tercinta, Malaysia.

[Pak Lah ketika zaman kanak-kanak]

Pak Lah telah dilahir di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Anak jati Pulau Mutiara ini telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajan dan kemudiannya di Penang Methadist Boys School, Pulau Pinang.

[Pak Lah duduk tiga dari kiri ketika menuntut di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, 1957]
Pak Lah telah menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya (UM) pada tahun 1964.

Pak Lah telah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam.

[Gambar anggota Mageran - Pak Lah berdiri kiri sekali]

Ketika rusuhan kaum pada Mei 1969, Abdullah telah dipindahkan ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara ketika itu. Kemudian, beliau dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah di Kementerian Kebudayaan, Belia, dan Sukan. Pada 1974, beliau diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha di kementerian yang sama.


Pada 1965, Pak Lah telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Endon Binti Dato' Mahmood dan dikurniakan dua orang cahaya mata dan empat cucu. Namun, Datin Seri Endon telah meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 akibat barah yang dihadapinya. Selepas 2 tahun pemergiaan Allahyarhamah Datin Seri Endon, Tun Abdullah telah berkahwin dengan Tun Jeane Abdullah pada 9 Jun 2007.

[Tun Abdullah dan Tun Jeane ketika hari pernikahan mereka]

[Keluarga Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan Tun Jeane Abdullah]

Perjalanan politik Pak Lah bermula pada tahun 1964 di mana ketika itu beliau menyertai UMNO. Karier beliau dalam politik kian cerah apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas pada 1974. Ayahanda beliau pernah menjadi ahli parlimen kawasan berkenaan. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 1981 dan beliau telah beberapa kali dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO iaitu pada tahun 1984, 1987, 1990, dan 1996. Pada tahun 2000, Pak Lah telah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO 2000.


Semasa krisis UMNO tercetus, UMNO telah dipisahkan kepada dua kem iaitu satu kumpulan yang menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir (Team A) manakala satu kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam (Team B). Setelah pemilihan UMNO dibuat, team A telah menang. Akibatnya, tertubuhnya Parti Semangat 46. Ketika itu, wujud pertikaian tentang kedudukan Parti UMNO sebagai sebuah parti yang sah. Maka Tun Ghaffar yang ketika itu Timbalan Presiden UMNO telah ditugaskan untuk mendaftarkan semula UMNO. Pak Lah ketika itu menyokong kuat Tun Musa Hitam yang menyebabkan Pak Lah dipecat sebagai Menteri Pertahanan ketika itu. Walaubagaimanapun, Pak Lah telah dilantik semula menganggotai kabinet pada 1991 dengan memegang portfolio Menteri Luar Negeri sehingga 1999.
Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menjadi TPM Malaysia, Pak Lah juga turut
menggalas portfolio Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri.


Pada 31 Oktober 2003, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketika menjadi Perdana Menteri, Pak Lah turut bertindak
sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.


Pada kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah telah menekan penghapusan terhadapa gejala rasuah di Malaysia dengan memberi ruang dan kuasa kepada agensi pencegah rasuah.


Tambahan pula, beberapa kes berprofil tinggi di bawa
ke mahkamah yang membabitkan tuduhan rasuah.
Selain itu, beliau telah memperkenalkan Islam Hadhari.
Pak Lah juga telah memperkasakan semula sektor pertanian negara. Tambahan pula, Pak Lah telah menjawat jawatan Pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Pada 2005, beliau dilantik sebagai Pengerusi ASEAN.

Pilihanraya Umum Malaysia 2004 merupakan kejayaan cemerlang beliau apabilah Barisan Nasional (BN) telah menang besar dengan198 kerusi daripada 220 kerusi Parlimen. Disamping itu, Terengganu telah dimenangi oleh BN manakala Kelantan hampir tewas kepada BN pada pilihanraya tersebut.


Walaubagaimanapun, pada Pilihanraya Umum Malaysia 2008, BN gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan empat buah negeri jatuh kepada pembangkang iaitu Kedah, Kelantan, Selangor, dan Perak. Maka pada ketika itu timbul pelbagai reaksi sama ada daripada pemimpin sehinggalah rakyat biasa mempertikaikan kewibawaan kerajaan ketika itu. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyaran Tun Abdullah untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia akibat kekalah teruk BN dalam pilihanraya tersebut.


Justeru, pada Perhimpunan Agung tahun 2009, Pak Lah tidak lagi menawarkan diri sebagai calon Presiden UMNO. Ini disebabkan beliau ingin menyerah tugas Presiden UMNO kepada pengganti beliau, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak
sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6.


Semasa kepimpinan Pak Lah, beliau banyak menitik beratkan pembangunan modal insan sebagai aset terpenting dalam memacu pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Terima kasih Pak Lah atas sumbangan dan jasa kepada agama, bangsa, dan negara.







Chef Wan



Chef Wan merupakan seorang ikon yang tidak asing lagi dalam bidang masakan tempatan bahkan antarabangsa. Chef Wan atau Datuk Redzuawan Bin Ismail bukan sahaja seorang Chef Professional, tetapi beliau juga seorang pengacara TV, penghibur, dan penulis.

Perjalanan kerjaya Chef Wan bermula sebagai seorang akauntan. Beliau pernah menyatakan bahawa setelah melihat 'popularity' dalam kepelbagaian masakan orang-orang Asia di negara-negara Barat maka beliau berhasrat untuk mempromosikan Malaysia dan negara-negara ASEAN menerusi bidang masakan.

Antara rancangan masakan sejak awal pembabitan beliau dalam kerjaya masakan adalah The Kuali Cook Show, Chef Wan, dan yang terkini Citarasa Sedunia Bersama Gas Petronas.


Rancangan masakan Chef Wan bukan sahaja di kaca televisyen tempatan bahkan antarabangsa seperti A Taste of Australia with Chef Wan (Australian ABC Networks), Market Kitchen (UK Food Network), Flavours of the World (TV4, Sweden), dan banyak lagi.

Beliau mempunyai Associate Degree dalam Professional Chef Training and Hotel Management dari California Culinary Academy dan Ritz Escoffeir Diploma daripada Ritz Hotel.
Dewasa ini, Chef Wan merupakan Malaysia Airlines (MAS) Holiday Travel Icon Ambassador. Sebagai seorang Duta Ikon kepada MAS Travel, Chef Wan membawa seluruh peminat-peminatnya ke dalam satu siri realiti baru di mana mereka akan menjelajah dunia dan citarasa makanan yang pelbagai.

[Chef Wan di Istana Negara]

Chef Wan telah dianugerahkan gelaran 'Datuk' oleh Yang Di-Pertuan Agong pada Februari 2010. Ini disusuli pelantikan beliau sebagai 'Duta Kulinari' atau 'Culinary Ambassador' oleh Tourism Malaysia pada November 2010.

[Chef Wan bersama anak-anaknya iaitu Serina dan Muhammad Nazri]

Chef Wan telah menerima anugerah The Best Celebrity Television Chef bagi Gourmand World Cookbook Awards pada tahun 2009.


Tahniah Datuk Redzuawan Bin Ismail!
Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.




Sunday, February 20, 2011

Datuk Seri Khalid dan Datuk Siti Nurhaliza biayai pembinaan Masjid Al-Khalidiah, Kedah


Bertempat di Sungai Petani semalam (Sabtu),
Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu, Kedah.
Dalam titah baginda merasmikan masjid itu, Tuanku bertitah bahawa
"Masjid wajib dimuliakan, dihormati dan tidak dicemari dengan unsur-unsur yang boleh menafikan kekudusannya. Beta juga berharap semoga masjid menjadi tempat untuk menyuburkan rasa kasih dan cinta sesama Islam,"

Untuk makluman, majid ini bernilai RM1.7 juta siap pada tahun Ogos 2010 hasil pembiayaan Yayasan Nurjiawa yang diasaskan oleh Datuk Seri Khalid dan Datuk Siti Nurhaliza.

[Datuk Seri Khalid dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza]

Masjid ini telah dibina di atas tapak masjid lama.
Masjid ini terletak di kawasan kampung halaman Datuk Seri Khalid. Pembinaan masjid ini telah menjadi impian Datuk Seri Khalid dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza sejak awal perkahwinan mereka berdua lagi.

Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi telah memperdengarkan bacaan ayat suci AL-Quran pada awal majlis perasmian masjid ini.

Berikut merupakan foto yang diambil daripada twitter Datuk Siti Nurhaliza:




Friday, February 18, 2011

KJ Tamat Latihan Asas Kursus Ahli Paracut Statik Tahap 1

Sekalung jutaan TAHNIAH kepada YB. Khairy Jamaluddin, Ahli Palimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana berjaya menamatkan Kursus Ahli Paracut Statik Tahap 1 yang diadakan di Zon Gugur, Padang Terap, Kedah Darul Aman.


Penerjunan YB KJ telah dilakukan disitu pada hari Khamis (17 Februari 2011)


Dalam sesi tersebut, YB KJ telah diberi sayap yang disampaikan oleh YABerbahagia Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia.


Turut hadir pada sesi tersebut adalah isteri Tun Abdullah, Tun Jean Abdullah, isteri YB KJ, Nori Tun Abdullah, Panglima Medan Tentera Darat, Lt-Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan pegawai-pegawai kanan Tentera Darat.


Untuk pengetahuan umum, Kursus Ahli Paracut Statik Tahap Satu Siri APS/1/2011 selama lima minggu dan Kursus Ketua Penerjunan Tahap Dua Siri KP/1/2011 selama enam minggu dikendalikan Cawangan Payung Terjun Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK)


Tuesday, February 15, 2011

Jejak TEMAN



Sebenarnya, kita semua hanya merancang segalanya namun realitinya belum pasti lagi menjadi kenyataan. Penulisan blog kali ini rasanya agak santai kerana saya tidak mahu membebankan minda saya dengan penulisan yang agak berat untuk dikongsi.

Pada 12 Ferbruari 2011 (Sabtu), saya diberi kesempatan untuk bertemu dengan teman-teman seperjuangan sejak dari bangku sekolah lagi. Alangkah gembiranya jika dapat bertemu dan bersembang dan berkongsi kisah masing-masing disamping gelak tawa mengiringi perbualan kami.


Jejak TEMAN? apa itu sebenarnya?
Umumnya, saya nak simpulkan secara ringkasnya adalah pertemuan yang bertujuan merapatkan ukhwah teman-teman seperjuangan. Dalam memastikan pertemuan tersebut bukan sekadar pertemuan yang 'kosong', beberapa aktiviti dirancang untuk dilakukan.

Sedikit bingkisan tentang apa yang dilakukan:
Sebenarnya, saya dan teman-teman bertemu di Mid Valley Megamall pada awal pagi Sabtu. Antara pengisian yang dilakukan, tidak lain tidak bukan adalah 'shopping' atau membeli-belah.
Walaubagaimanapun, santai atau lepak tetap menjadi pilihan kami terutamanya di Starbucks Coffee dan Coffee Beans.




Malamnya, kami makan malam bersama-sama di Restoran Barra, Shah Alam meskipun pada awalnya ingin makan Nasi Kandar di Restoran Pelita. Masa berlalu begitu pantas tatkala bulan kian tinggi di malam hari, kami beransur ke i-City Shah Alam. Sekadar melihat kerdipan lampu-lampu bersinar mewarni malam minggu.


Bagi penutup jejak kami bersama, Uptown Shah Alam lokasi terakhir untuk membeli-belah.
Saya ucapkan TERIMA KASIH kepada

Aiman, Mokhzani, Akmal, Farid, Faizal (adik saya)

kerana sudi meluangkan masa hujung minggu bersama-sama daripada siang sehingga larut malam.

Insyaallah, jika ada ruang semoga kita bertemu lagi.

Bak kata pepatah Melayu, "Air yang dicincang takkan putus".

Saturday, February 12, 2011

Bual Bicara bersama-sama Unit Nuklaer TNB



Hampir dua sesi temuramah telah dijalankan sepanjang proses menyiapkan projek berkumpulan. Ini secara tidak langsung telah mengukuhkan hasil/sumber pencarian bahan kajian bagi pihak kumpulan saya. Dua sesi temu ramah tersebut telah diadakan dalam pada masa yang berbeza serta dengan individu berbeza. Walaubagaimanapun, kedua-dua sesi tersebut membabitkan pihak Unit Nuklear Tenaga Nasional Berhad (TNB) Malaysia.


Secara ringkasnya, projek yang sedang dijalankan oleh kumpulan saya (Inventor) iaitu
The Building Of The First Nuclear Power Plant In Malaysia.
Input yang diperoleh amat bermaksa kerana ianya dapat menjelaskan secara terperinci bagaimana, bila, apa, siapa disebalik pembinaan sebuah Pusat Janakuasa Nuklear di Malaysia.


Sebenarnya, tenaga nuklear bersifat mesra alam kerana ia tidak menghasilkan sebarang CO2 (Karbon Dioksida). Meskipun kosnya agak tinggi namun kadar penghasilan kuasa elektrik itu sangat tinggi. Sungguhpun, ianya bakal dibina di Malaysia, ianya perlu mendapat persetujuan daripada rakyat. Segala aspek telah ditetapkan bagi meningkatkan kefahaman umum berkenaan tenaga nuklear menerusi persidangan, risalah, dan kempen. Secara tidak langsung, pembinaan sebuah Pusat Janakuasa Nuklear ini dapat menampung kapasiti penggunaan yang kian meningkat pada masa hadapan.