Saturday, April 23, 2011

Kejayaan Hari Ini Inspirasi Kejayaan Hari Esok



Kejayaan sudah semestinya matlamat kepada semua insan. Kejayaan bukan hanya sekadar berjaya dalam akademik sahaja bahkan kejayaan itu berbeda mengikut suasana misalnya, seorang nelayan akan ke laut untuk menangkap ikan, jika dia pulang dari laut membawa hasil tangkapan yang banyak, ini bermakna kejayaan kepada nya. Selain itu, seorang guru atau pensyarah akan berasa gembira dan bangga melihat anak didiknya berjaya, maknanya hasil didikannya kepada anak didiknya berjaya membawa kecemerlangan bagi anak didiknya.


Sebagai mahasiswa, saya akan menghadapi peperiksaan akhir bagi tiap-tiap semester. Saya bersyukur kepada Allah SWT keputusan semester enam yang baru berlalu membuat kan diri saya tersenyum tanda kepuasaan atas hasil titik peluh (usaha) membuahkan hasil. Alhamdulillah.

Namun ini tidak bermakna zon selesa, sebaliknya jadikan itu sebagai pendorong dan pembakar obor semangat bagi meneruskan pengajian saya yang hanya berbaki 2 semester lagi.

Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Saya doakan kejayaan buat teman-teman sekalian.

Sunday, April 3, 2011

Demostrasi pasukan Lotus F1



Penulisan ini sebenarnya ingin berkongsi sedikit pengalaman ataupun bingkisan berkenaan dengan demostrasi pasukan Lotus F1 di Dataran Putrajaya Percint 3 semalam (2 April 2011). Majlis tersebut berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Acara tersebut diadakan bersempena dengan Grand Prix Malaysia di Sepang International Circuit 8 hingga 10 April 2011. Program dianjur oleh Air Asia dengan kerjasama Sepang International Circuit (SIC).